Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita Terkini

JKP MERAIKAN SAUDARA BARU

​Khamis, 12 Sya’ban 1445H bersamaan 22 Februari 2024M

Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) telah mengadakan Majlis Berdikir dan Doa Kesyukuran Sempena Pengislaman seorang kakitangan Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Daerah Temburong, iaitu Awang Akun Anak Bada. Majlis diadakan di Pejabat Jabatan Kemajuan Perumahan Cawangan Daerah Temburong di Rancangan Perumahan Negara Kg.Rataie, Temburong.

IMG-20240223-WA0076.jpg

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Dayang Rosniza binti Dato Paduka Hj Hamdani. Juga hadir ialah Pemangku Timbalan Pengarah Kemajuan Perumahan, Yang Mulia Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan JKP Ibu Pejabat dan cawangan-cawangan lain.

IMG-20240223-WA0079.jpg


Awang Akun Anak Bada beserta isteri dan anak beliau telah memeluk agama Islam pada 22hb Disember 2023 dimana beliau telah memilih nama Abdul Basir sebagai nama Islam beliau. Pada majlis tersebut, tetamu kehormat juga menyampaikan cenderahati kepada Awang Abdul Basir selepas laungan Dikir Marhaban dan Doa Kesyukuran.

Attachments