Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Rombongan dari National Defense College, India adakan lawatan ke Kementerian Pembangunan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

 IMG_2745.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, dan pegawai-pegawai daripada Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya semasa sesi bergambar ramai bersama rombongan daripada Kolej Pertahanan Kebangsaan, Republik India.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 23 Mei. – Satu rombongan seramai 16 orang daripada Kolej Pertahanan Kebangsaan, Republik India (National Defense College, Republic of India) yang sedang menjalani kursus telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Pembangunan pada hari Selasa, 23 Mei 2017. Rombongan yang diketuai oleh Mejar Jeneral Sunil Sricastava itu disambut mesra Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Lawatan rombongan berkenaan dimulai dengan sesi bergambar ramai di ruang lobi bangunan Kementerian Pembangunan.

Setelah itu, rombongan berkenaan diberikan taklimat mengenai peranan dan struktur organisasi Kementerian Pembangunan oleh Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak. Sesi taklimat tersebut diadakan di Arap Gagati, Kementerian Pembangunan.

IMG_2771.JPG

Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin ketika menyampaikan ucapan alu-aluan kepada rombongan dari Kolej Pertahanan Kebangsaan, Republik India.

Rombongan berkenaan juga berkesempatan untuk bertukar-tukar pendapat dan fikiran serta mengadakan sesi soal jawab bersama wakil-wakil jabatan dan divisyen di Kementerian Pembangunan yang hadir pada sesi taklimat tersebut.

Lawatan rombongan ini disudahi dengan majlis pertukaran cenderahati oleh kedua belah pihak sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

IMG_2784.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin menyampaikan cenderahati kepada ketua rombongan daripada Kolej Pertahanan Kebangsaan, Republik India, Mejar Jeneral Sunil Sricastava.

Objektif lawatan ini adalah untuk membolehkan pegawai-pegawai yang mengikuti kursus tersebut memahami hal ehwal sosio-politik, ekonomi, pertahanan dan dasar strategi Negara Brunei Darussalam.

Attachments