Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

KSPN 2017 bantu penyelidikan lebih mantap

Oleh: Rohani Haji Abdul Hamid | Foto: Mohd. Zul-Izzi Haji Duraman

2_kspn_o.jpg

SIDANG Media Kemaskini Data Pemohon Skim Perumahan Negara (KSPN) 2017.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 6 April.- Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP) akan melaksanakan Kemaskini Data Pemohon Skim Perumahan Negara (KSPN) 2017 bagi senarai pemohon yang berkelayakan bermula 10 April hingga 10 Jun 2017 selama dua bulan.

Objektif utama KSPN 2017 ini adalah untuk mengemaskinikan data pemohon bagi Skim Perumahan Negara atau data profiling termasuklah maklumat pendapatan dan pekerjaan dalam masa yang cepat.

Dengan hasil data kemaskini nanti akan membantu menjalankan analisa dan penyelidikan yang lebih mantap bagi mempertingkatkan tahap perancangan dan polisi yang sedia ada.

Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dalam Ucapan Pembukaannya pada Sidang Media yang berlangsung di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan di sini.

1_kspn.jpg

TIMBALAN Setiausaha Tetap di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dalam Sidang Media menjelaskan mengenai KSPN 2017.

Ini adalah untuk mengadaptasi kepada keadaan ekonomi dan sosial dan akan datang. Apa yang lebih penting adalah untuk mencapai keseimbangan dalam memenuhi kriteria kemampuan dan kedaya tahanan, perkembangaan infra perumahan bagi mencapai Wawasan Negara 2035 dalam mencapai kualiti hidup yang tinggi.

KSPN 2017 ini melibatkan kumpulan sasaran iaitu pemohon Rancangan Perumahan Negara dan Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati dari tahun 2009 hingga 2015 seluruh negara.

Menurut maklumat dari Jabatan Kemajuan Perumahan jumlah pemohon yang terlibat telah melebihi 26 ribu orang. Terdapat tujuh buah lokasi di sediakan bagi perlaksanaan KSPN 2017 iaitu Dewan Muwafaqah, Tingkat 1, Ibu Pejabat JKP, Lapangan Terbang Lama Berakas; Lobi Tingkat 1, Bangunan Kementerian Pembangunan, Lapangan Terbang Lama Berakas; Lobi Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya, Lapangan Terbang Lama Berakas; Ibu Pejabat, Jabatan Perkhidmatan Air, Jalan Tasek Lama (kaunter pembayaran air); Cawangan-Cawangan JKP di Daerah Belait, Tutong, dan Temburong.

Kaunter-kaunter akan disediaknan di tujuh lokasi setiap hari kecuali Jumaat, Ahad dan kelepasan awam mulai 8.00 pagi hingga 4.30 petang.

Dalam pada itu, KSPN 2017 akan melaksanakan dalam dua kaedah iaitu secara Manual dan elektronik (e-mel). Pemohon yang mengunakan manual bulih menyemak, mengambil dan menghantar borang KSPN 2017 pada 7 lokasi yang di sediakan.

Manakala bagi pemohon mengunakan elektronik pula bulih menyemak, memuat turun dari laman sesawang rasmi JKP iaitu www.housing.gov.bn dan seterusnya melengkapkan borang berkenaan dan menghantarnya melalui emel ke alamat kspn@hdd.gov.bn.

Pemohon yang gagal menghantar borang KSPN 2017 dalam tempoh yang ditetapkan akan menjejaskan proses permohonan skim perumahan negara mereka.

Sumber: Pelita Brunei.

KSPN.jpg

Grafik: Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan

Attachments