Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pemberigaan Akta Hak Milik Strata

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan | Selasa, 11 Oktober 2016

IMG_7339i.JPG 

PENYAMPAI taklimat Puan Sharifah Khadijah binti Tuan Hadi, Pengarah Bahagian Hak Milik Strata dan Stratum, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia (kanan) dan pegawai dari Jabatan Tanah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 11 Oktober. – Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Guna Tanah, Perumahan dan Alam Sekitar baru-baru ini telah mengadakan aktiviti pemberigaan Akta Hak Milik Strata kepada agensi-agensi pelaksana dan agensi-agensi Kerajaan yang terlibat. Aktiviti berkenaan telah diadakan selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 September 2016 di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Kandungan pemberigaan diisikan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Puan Sharifah Khadijah binti Tuan Hadi, Pengarah Bahagian Hak Milik Strata dan Stratum, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Malaysia.

Taklimat pada hari pertama dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan, Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional), Dato Paduka Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap, Awang Shahrom bin Haji Suhaimi, serta pegawai-pegawai kanan dan pegawai-pegawai di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

IMG_7350i.JPG 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah bergambar ramai bersama penyampai taklimat dari Malaysia.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Belait, Awang Haji Haris bin Othman, Pemangku Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abd Karim, jemputan-jemputan dari Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Daerah Temburong, Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, Lembaga Bandaran Kuala Belait dan Seria, Lembaga Bandaran Daerah Tutong, Unit Ease of Doing Business dan Unit PENGGERAK di Jabatan Perdana Menteri, serta Darussalam Assets Sdn Bhd.

Pemberigaan ini dibuat sebagai salah satu aktiviti 'socialisation' Akta Hak Milik Strata yang berterusan. Ia dilaksanakan sebagai salah satu mekanisme untuk memperbaiki kedudukan negara dalam World Bank – Ease of Doing Business bagi sektor 'Registering Property'.

Objektif-objektif aktiviti pemberigaan ini termasuklah:

  1. Memberikan pemahaman mengenai hak milik strata; dan
  2. Menyebar luaskan Akta Hak Milik Strata dan tatacara perlaksanaannya.

Akta Hak Milik Strata merupakan Akta Kanun Tanah (Strata) Penggal 189 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Julai 2009.

 

IMG_7330.JPG IMG_7333.JPG

IMG_7297.JPG IMG_7300.JPG

IMG_7304.JPG IMG_7305.JPG

IMG_7292.JPG IMG_7306.JPG

IMG_7307.JPG IMG_7344.JPG

IMG_7340.JPG IMG_7358.JPG

 

strata1002.JPG strata1012.JPG

strata1010.JPG strata1022.JPG

strata1026.JPG strata1025.JPG

strata1024.JPG strata1033.JPG

strata1006.JPG strata1017.JPG

strata1015.JPG strata1031.JPG

Attachments