Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pemberigaan Wawasan Brunei 2035

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan | Isnin, 29 Ogos 2016

IMG_6925.JPG 

Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin hadir selaku tetamu kehormat semasa sesi pemberigaan Wawasan Brunei 2035.

27 Ogos 2016 – Sekretariat Tetap Wawasan Brunei 2035 di Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan pemberigaan mengenai Wawasan Brunei 2035 kepada para pegawai Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Pemberigaan ini diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pemberigaan tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Sesi pemberigaan ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan serta mendidik orang ramai mengenai Wawasan Brunei 2035 ke arah memupuk pemahaman setiap individu mengenainya dan diharap akan memberi kesedaran, mempengaruhi sikap dan tingkah laku, serta menggalakkan penglibatan setiap individu untuk bersama-sama menanai tanggungjawab dalam memastikan pencapaian Wawasan Brunei 2035.

Pada masa yang sama, pemberigaan khusus kepada pegawai-pegawai kerajaan ini adalah bertujuan untuk mensejajarkan semula kesemua pihak yang berkepentingan, di mana setiap organisasi diharap akan memahami kaitan peranan mereka dalam mencapai matlamat Wawasan Brunei 2035 dan juga memperkukuhkan kerjasama rapat dengan agensi-agensi lain secara "Whole-of-Government" terutamanya dalam menangani isu-isu yang bersifat "cross-cutting".

Taklimat yang diadakan pada sebelah pagi itu disampaikan oleh Awang Nadzri bin Haji Yahya, Pegawai Tugas-Tugas Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

IMG_6938.JPG 

Taklimat pemberigaan Wawasan 2035 disampaikan oleh Awang Nadzri bin Haji Yahya, Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum sesi taklimat mengenai pemberigaan Wawasan Brunei 2035 dimulakan, Ketua Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik Kementerian Pembangunan, Dayang Hajah Rosita binti Abdullah selaku sekretariat peneraju Wawasan Brunei 2035 Kementerian Pembangunan dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran kumpulan Urusetia Majlis Tertinggi Wawasan Brunei 2035 ke kementerian ini. Beliau juga berharap sesi taklimat tersebut akan membuka peluang kepada pegawai-pegawai yang hadir untuk bertanya soalan bagi mendapatkan penjelasan mengenai komitmen dan hasil yang diharapkan daripada jabatan dalam mendokong Wawasan Brunei 2035.

 IMG_6917.JPG

Dayang Hajah Rosita binti Abdullah selaku sekretariat peneraju Wawasan Brunei 2035 Kementerian Pembangunan ketika memberikan ucapan di sesi pemberigaan tersebut.

 IMG_6935.JPG

Beberapa orang pegawai-pegawai lelaki dan perempuan yang hadir ketika sesi pemberigaan Wawasan Brunei 2035 (Gambar atas dan bawah).

 IMG_6939.JPG

Ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai yang telah hadir adalah juga diharap akan dapat mengongsikan bersama matlamat-matlamat Wawasan Brunei 2035 kepada rakan sejawat dan kakitangan yang lain.

Attachments