Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Menandatangani buku takziah khusus mendiang Presiden India

​

  • Oleh:  Dk. Vivy Malessa Pg. Ibrahim / Foto : Hamzah Mohiddin​

SUNGAI AKAR, Khamis, 30 Julai, 2015 Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman, selaku wakil Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam hari ini menandatangani buku takziah di Ibu Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India, Kampung Sungai Akar, di sini.

Penandatanganan tersebut dikhususkan kepada mendiang Presiden India, Tuan Yang Terutama Dr. APJ Abdul Kalam yang meninggal dunia pada 27 Julai 2015 yang lalu dalam usia 84 tahun.

Terdahulu, mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Menteri Pembangunan ke majlis menandatangani tersebut ialah Pesuruhjaya Tinggi India ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dr. Ashok Kumar Amrohi.

Mendiang TYT Dr. APJ Abdul Kalam dilahirkan pada 15 Oktober 1931 dan telah dilantik menjadi Presiden India Ke-11 pada 25 Julai 2002.

Attachments