Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Bakal jemaah haji diraikan
Oleh: Dk. Siti Redzaimi Pg. Haji Ahmad | Foto: Haji Masmaleh Haji Mohd. Ali | Rabu, 17 Ogos 2016

0e1e4230f14ddf4c97e67f2c690c4932_XL.jpg
MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah (lima, kiri) semasa hadir menjadi tetamu kehormat Majlis Doa Selamat bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan berkenaan yang bakal menunaikan fardu haji. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar (empat, kiri).

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 16 Ogos. - Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Selamat bagi 12 pegawai dan kakitangannya yang bakal menunaikan fardu haji.

Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Dewan Bertabur, Kementerian Pembangunan, di sini.

Pada majlis tersebut, Yang Berhormat menyampaikan sumbangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya kepada bakal-bakal jemaah haji berkenaan.

MASMALEH_HAJI_MOD_3.jpg
PEGAWAI Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Jofri bin Haji Hidup semasa menyampaikan ceramah.

Majlis diserikan dengan ceramah bertajuk ‘Hakikat Haji yang Mabrur’ yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Jofri bin Haji Hidup.

Beliau antara lain menghuraikan tentang kewajipan dalam menunaikan ibadah haji bagi yang mampu mengerjakannya.

Majlis antaranya bertujuan untuk memohon keberkatan dan perlindungan daripada Allah Subhanahu Wata'ala agar bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan dan kesejahteraan semasa berada di tanah suci serta dipermudahkan segala urusan serta kembali dengan haji yang mabrur.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sumber: Pelita Brunei.
Attachments