Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kumpulan mewakili Kementerian Pembangunan bentang projek KKC

Oleh: Marlinawaty Hussin | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor | Jumaat, 12 Ogos 2016

8e8d6dede7e9178bd77a0ce8b47870c1_XL.jpg 

HADIR mendengarkan sesi pembentangan pada Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny di Kementerian Pembangunan. Turut hadir Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku pengerusi majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 11 Ogos. – Kementerian Pembangunan mengadakan sesi pembentangan konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) 2016 peringkat Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, di sini.

Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny hadir selaku tetamu kehormat pada sesi pembentangan berkenaan.

110816_ARIF_MOD-020.jpg 

HADIR mendengarkan sesi pembentangan pada Majlis Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny di Kementerian Pembangunan. Turut hadir Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku pengerusi majlis.

Turut hadir, Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku pengerusi majlis; ketua-ketua jabatan, ketua-ketua divisyen dan ketua-ketua unit di Kementerian Pembangunan serta jemputan khas.

Sebelas kumpulan yang bertanding tersebut masing-masing diwakili oleh tujuh kumpulan dari Jabatan Ukur, dua kumpulan dari Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya dan satu kumpulan dari Jabatan Tanah dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya.

 110816_ARIF_MOD-01.jpg

KUMPULAN TANAI dari Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya membentangkan tajuk projek: Pengendalian Aduan yang Diterima Melalui Talian 123 Tidak Teratur Khusus untuk Jabatan Mekanikal dan Elektrikal.

110816_ARIF_MOD-04.jpg 

AHLI kumpulan DATA dari Jabatan Ukur ketika membentangkan projek bertajuk projek: Proses Permohonan Cuti Tahunan Tidak Menepati TPOR.

Konvensyen KKC merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang antara lain bertujuan untuk membudayakan bekerja secara berkumpulan, di samping berusaha dalam mencapai tahap prestasi, kualiti kerja dan produktiviti perkhidmatan yang lebih tinggi.

Pengumuman nama-nama pemenang serta Majlis Penyampaian Hadiah Konvensyen KKC 2016 akan diadakan 13 Ogos ini.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments