Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan / Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri

1_Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran.jpeg

NOTIS larangan berjaja bagi mengingatkan orang ramai untuk tidak mendirikan gerai makanan di tepi jalan raya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 7 Mac. – Dengan bulan Ramadhan yang semakin dekat, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan ingin mengingatkan para peniaga gerai makanan untuk tidak mendirikan gerai-gerai tanpa kebenaran dan sewenang-wenangnya di sepanjang jalan awam.

Mendirikan gerai makanan di sepanjang tepi jalan boleh menyebabkan isu keselamatan yang serius, menimbulkan risiko kepada pengguna jalan raya, kenderaan diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian, dan akan membahayakan lagi ramai pejalan kaki yang melintas jalan raya.

Selain itu, gerai-gerai yang tidak terkawal telah menyumbang kepada kesesakan lalu lintas, mengganggu aliran trafik dan menyebabkan ketidakselesaan dan kelewatan kepada pengguna jalan raya.

4_Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran.jpeg 5_Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran.jpeg

GERAI-gerai makanan yang didirikan di tepi jalan raya mengganggu aliran trafik dan menyebabkan ketidakselesaan kepada para pengguna jalan raya.

Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan menggesa para peniaga gerai makanan untuk mematuhi kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan untuk aktiviti tersebut dan beroperasi secara sah. Dengan berbuat demikian, para peniaga boleh memastikan keselamatan pelanggan, mengurangkan kesesakan lalu lintas, dan menggalakkan persekitaran awam yang harmoni.

Membangunkan sebarang struktur di atas mana-mana jalan atau di mana-mana rizab jalan selain di bawah kuasa undang-undang bertulis adalah satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Akta Lalu Lintas Jalan dengan denda BND2,000 dan penjara selama sebulan.

2_Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran.jpeg 3_Jangan mendirikan gerai berjaja tanpa kebenaran.jpeg

PIHAK berkuasa akan mengalihkan struktur yang berkemungkinan mendatangkan bahaya kepada lalu lintas dengan serta-merta.

Ketua Pengarah Kerja Raya mempunyai kuasa untuk mengalihkan struktur sedemikian di mana terdapat kemungkinan bahaya serta-merta kepada lalu lintas dan boleh mendapatkan semula perbelanjaan pengalihan tersebut daripada orang yang mempunyai kawalan dan pemilikan struktur itu.

Sumber: Kenyataan Akhbar bersama Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Pembangunan.

Attachments