Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Ceramah khas Isra' dan Mi'raj: 'Solat tiang agama'

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Ceramah khas Isra dan Miraj Solat tiang agama.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 26 Februari. – Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Sambutan Isra' dan Mi'raj bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah khas bertajuk 'Solat Tiang Agama' yang disampaikan oleh Ketua Guru Ugama Pantai Jerudong Specialist Centre, Ustaz Haji Ishkandar bin Haji Buntar.

2_Ceramah khas Isra dan Miraj Solat tiang agama.JPG

CERAMAH khas disampaikan oleh Ketua Guru Ugama Pantai Jerudong Specialist Centre, Ustaz Haji Ishkandar bin Haji Buntar.

Majlis yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk memperingati peristiwa Isra' dan Mi'raj, disamping mengeratkan silaturrahim di antara para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

3_Ceramah khas Isra dan Miraj Solat tiang agama.JPG 4_Ceramah khas Isra dan Miraj Solat tiang agama.JPG

ANTARA para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments