Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Aidilfitri Kementerian Pembangunan meriah

Oleh: Khartini Hamir | Foto: Pg. Amirulnizam Pg. Md. Ali | Khamis, 28 Julai 2016

 43ab3add2a01532dfbfbe4a555fab550_XL.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku tetamu kehormat semasa mengunjungi salah satu pondok jabatan pada majlis tersebut.

BERAKAS, Rabu, 27 Julai. - Bagi menyemarakkan suasana Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur dengan bertemakan 'Keceriaan Berkeluarga di Aidilfitri'.

Majlis yang berlangsung di Dewan Muhibbah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku tetamu kehormat majlis.

Turut hadir, Setiausaha-setiausaha Tetap berserta para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan juga jabatan-jabatan di bawahnya berserta keluarga.

 untitled.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku tetamu kehormat semasa mengunjungi salah satu pondok jabatan pada majlis tersebut.

Majlis dimeriahkan dengan beberapa persembahan menarik yang dipersembahkan oleh tujuh kumpulan dari jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, di mana persembahan pertama dihiburkan dari Kumpulan Ketupat Rendang yang diwakili oleh Jabatan Ukur serta Jabatan Perancang Bandar dan Desa, yang mendendangkan lagu Suasana Hari Raya.

Kumpulan kedua, Suara Ria Komedi merupakan wakil dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan Kemajuan Perumahan yang mendendangkan lagu Nazam Lebaran, sementara Kumpulan Dor E Me dari Jabatan Perkhidmatan Jalan Raya serta Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan persembahan mereka Hari Raya.

Manakala Kumpulan Lakastah Bekonvoi dianggotai oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Tanah dan Jabatan Perkhidmatan Teknikal yang mendendangkan lagu Menjelang Hari Raya, sementara Kumpulan Lemang Hangus pula mempersembahkan sebuah sketsa yang diwakili dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan dan Jabatan Kemajuan, JKR.

 untitled2.png

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah, selaku tetamu kehormat semasa mengunjungi salah satu pondok jabatan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur dengan bertemakan 'Keceriaan Berkeluarga di Aidilfitri'.

Kumpulan Si Manis Cute Sepuloh Beraya kemudiannya memeriahkan suasana dengan persembahan lakonan, tarian dan nyanyian bertajuk Manis-manis Lebaran, di mana kumpulan ini dianggotai oleh pegawai dan kakitangan dari Jabatan Pertadbiran dan Kewangan, JKR serta Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Persembahan terakhir adalah dari Kumpulan WDS, gabungan dari Jabatan Saliran dan Pembentungan serta Jabatan Perkhidmatan Air, JKR yang mempersembahkan lagu Warna Warni Aidilfitri.

Majlis kemudian diserikan lagi dengan persembahan dari Ahli Jawatankuasa dengan dendangan lagu mereka Seloka Hari Raya.

Juga diadakan pada majlis tersebut ialah Pertandingan Pondok Berhias, di mana sebanyak 14 pondok telah dipertandingkan melalui penyertaan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta pondok-pondok berkenaan dipertandingkan dengan bermacam-macam konsep seperti kecantikan, kebersihan, keceriaan, kreativiti dan penjimatan (recycle).

Dalam pada itu, penyampaian hadiah-hadiah kepada para pemenang Persembahan Terbaik dan Pondok Terbaik telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments