Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari Kebangsaan Ke-40 disambut meriah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Oleh: Kementerian Pembagunan

5_Hari Kebangsaan Ke-40 diraikan meriah.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan memasuki Stadium Negara Hassanal Bolkiah.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 24 Februari. – Acara Kemuncak Perhimpunan Agung Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Ke-40 telah diadakan di Stadium Negara Hassanal Bolkiah yang disertai oleh peserta-peserta mewakili pelbagai sektor dan agensi di negara ini, termasuk para pelajar sekolah-sekolah menengah, maktab-maktab dan institusi-institusi pengajian tinggi.

Kementerian Pembangunan selaku sebuah agensi kerajaan yang meneraju pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan asas negara juga tidak ketinggalan dalam menyertai perbarisan lalu, persembahan koir dan 'human-led' pada upacara perhimpunan agung berkenaan.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.​

2_Hari Kebangsaan Ke-40 diraikan meriah.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan mengetuai pasukan Kementerian Pembangunan.


1_Hari Kebangsaan Ke-40 diraikan meriah.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai perbarisan lalu.


3_Hari Kebangsaan Ke-40 diraikan meriah.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai persembahan koir.


4_Hari Kebangsaan Ke-40 diraikan meriah.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan yang menyertai persembahan 'human-led'.

Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan pada tahun ini bertemakan 'Bersatu Mencapai Cita Negara'.

Attachments