Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi muzakarah wadah perbincangan dua hala

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sesi muzakarah wadah perbincangan dua hala.JPG

YANG Berhormat Menteri Pembangunan, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit, serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan bergambar ramai bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang hadir.

BERAKAS, Rabu, 24 Januari. – Kementerian Pembangunan, hari ini mengadakan sesi permuzakarahan bersama Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Berakas.

Mengalu-alukan kehadiran Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara ke sesi muzakarah ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Sesi pemuzarakahan didahului dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.

2_Sesi muzakarah wadah perbincangan dua hala.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid menyampaikan ucapan alu-aluan.

Ucapan alu-aluan disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan, diikuti dengan ucapan balas daripada Yang Berhormat Dayang Hajah Rosmawatty binti Haji Abdul Momin, selaku ketua rombongan bagi mewakili Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara.

Sesi muzakarah ini antara lain memaklumkan perkembangan dan kemajuan yang telah dicapai oleh Kementerian Pembangunan. Ia juga merupakan satu wadah bagi kedua-dua pihak bertukar-tukar fikiran di samping dapat memperkukuhkan lagi jalinan kerjasama ke arah mendukung dan merealisasikan Wawasan 2035.

4_Sesi muzakarah wadah perbincangan dua hala.JPG

SEBAHAGIAN daripada Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara yang hadir.

3_Sesi muzakarah wadah perbincangan dua hala.JPG

ANTARA beberapa orang Ketua Jabatan, Divisyen dan Unit Kementerian Pembangunan yang menghadiri sesi muzakarah ini.

Turut hadir semasa sesi muzakarah ini ialah Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Attachments