Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MoD sahut cabaran 80 Bilion Langkah Bersama

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_MoD sahut cabaran 80 Bilion Langkah Bersama.jpg

WARGA Kementerian Pembangunan menyertai aktiviti berjalan kaki bagi menyahut cabaran BN on the Move – 80 Billions Steps To The Final Countdown.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 30 Disember. – Kementerian Pembangunan mengadakan aktiviti berjalan kaki bagi menyahut cabaran BN on the Move – 80 Billions Steps To The Final Countdown di kawasan Bangunan-bangunan Kerajaan, Berakas, di sini.

Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan dan seterusnya aktiviti berjalan kaki beramai-ramai.

Acara yang bermula dan berakhir di bangunan Kementerian Pembangunan itu dihadiri oleh Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai dan kakitangan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

1_MoD sahut cabaran 80 Bilion Langkah Bersama.jpg

SESI bergambar ramai sebelum aktiviti berjalan kaki.

Menurut Kementerian Kesihatan, BN on the Move merupakan program promosi kesihatan yang bertujuan untuk membarigakan salah satu ciri baharu dalam aplikasi BruHealth untuk meningkatkan tahap kegiatan fizikal dalam kalangan masyarakat Brunei dengan menggalakkan berjalan kaki atau meningkatkan jumlah langkah setiap hari.

Attachments