Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan naib johan Kejohanan Badminton HPA

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan naib johan Kejohanan Badminton HPA.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan 'A' dinobatkan sebagai naib johan pada Kejohanan Badminton di antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali ke-30 Tahun 2023.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November. – Pasukan Kementerian Pembangunan 'A' muncul naib johan pada Kejohanan Badminton di antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-30 Tahun 2023.

Naib juara menerima hadiah berupa pingat, sijil penyertaan, piala dan wang tunai sebanyak BND600.

Hadiah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd. Yussof, yang hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan perlawanan akhir kejohanan tersebut.

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohanan itu ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

2_Kementerian Pembangunan naib johan Kejohanan Badminton HPA.JPG

Pasukan Badminton Kementerian Pembangunan bersama Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan yang turut hadir memberikan sokongan.

Kejohanan Badminton di antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Kali Ke-30 Tahun 2023 ini berlangsung selama empat hari iaitu pada 19, 24, 25 dan 26 November 2023 bertempat di Dewan Sekolah Chung Hwa Kiudang, Tutong.

Sebanyak 19 pasukan daripada kementerian-kementerian menyertai kejohanan ini yang mempertandingkan lima kategori iaitu Perseorangan Lelaki, Beregu Lelaki 'A' (Kategori B2 dan ke atas), Beregu Lelaki 'B' (Kategori Bahagian III dan ke bawah), Beregu Wanita 'A' (Kategori Bahagian III dan ke atas) dan Beregu Wanita 'B' (Kategori Bahagian IV dan ke bawah).

Dua pasukan dari Kementerian Pembangunan iaitu Pasukan Kementerian Pembangunan 'A' dan Pasukan Kementerian Pembangunan 'B' menyertai kejohanan ini.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments