Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan Hari GIS 2023

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Sambutan Hari GIS 2023.JPG

SAMBUTAN Hari GIS 2023 yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 26 November. – Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan acara tahunan bagi memperkenalkan sistem maklumat geografi dan memberigakan kepada orang ramai tentang geografi yang bertemakan 'Celebrating the GIS Professional' pada tahun ini.

Sambutan Hari GIS 2023 anjuran Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G.) berakhir hari ini dengan acara yang diadakan di Taman Mahkota Jubli Emas, di sini.

Pelbagai pameran dan aktiviti menarik dianjurkan oleh bahagian-bahagian di bawah Jabatan Ukur dan B.I.G. yang dibukakan kepada orang ramai.

2_Sambutan Hari GIS 2023.JPG 3_Sambutan Hari GIS 2023.JPG

ANTARA aktiviti dan pameran yang diadakan di Sambutan Hari GIS 2023.

Antara pameran dan pemberigaan yang diadakan ialah Permohonan Peralamatan Bangunan dan Rumah; Tuntutan Kerosakan Harta Benda Kerajaan; Penggunaan Aplikasi Dalam Talian (Geoportal Ukur, Hala Kiblat, Peta Sempadan Mukim dan Kampung); Sejarah dan Pengenalan GIS; dan Maklumat dan Latar Belakang mengenai B.I.G.

Turut diadakan ialah beberapa aktiviti permainan dan pertandingan Cartographic Creations (melukis peta) dan cabaran GIS Go!.

Cabaran GIS Go! merupakan kali pertama dianjurkan oleh Jabatan Ukur dimana sebanyak 13 kumpulan yang terdiri daripada 26 orang telah mengikuti pertandingan ini. GIS Go! ialah permainan berkonsepkan 'treasure hunt' dimana peserta perlu mencari petunjuk atau menyelesaikan soalan-soalan yang diberikan sebelum mara ke tempat seterusnya. GIS Go! telah dirasmikan oleh Pemangku Juruukur Agung, Dayangku Siti Saihalina binti Pengiran Haji Ibrahim.

Manakala, Cartographic Creations adalah siri pertandingan melukis peta mengikut kreativiti peserta berdasarkan peta yang telah disediakan oleh pihak jabatan. Pertandingan yang dibukakan kepada orang ramai itu disertai oleh sembilan orang peserta.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang GIS Go! dan Cartographic Creations ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

5_Sambutan Hari GIS 2023.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak bersama para pemenang GIS Go!

Turut hadir ke acara tersebut ialah Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan serta para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur dan ahli-ahli B.I.G.

Terdahulu, Jabatan Ukur telah mengadakan sesi taklimat pada 15 November 2023 untuk berkongsi pencapaian jabatan dan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menggunakan teknologi GIS.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments