Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan johan Kategori Veteran Kejohanan Bola Jaring

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Kementerian Pembangunan johan Kategori Veteran Kejohanan Bola Jaring.JPG

PASUKAN Bola Jaring Kementerian Pembangunan muncul johan bagi Kategori Veteran pada Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-30 Tahun 2023.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 5 November. – Kementerian Pembangunan dinobatkan sebagai johan bagi Kategori Veteran pada Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-30 Tahun 2023.

Kementerian Pembangunan menerima piala kemenangan, wang tunai sebanyak BND350 bersama pingat kemenangan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Kementerian Kewangan Ekonomi, Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani semasa Kejohanan Akhir Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian sempena Hari Perkhidmatan Awam Ke-30 Tahun 2023 yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Pada kejohanan akhir tersebut, Kementerian Pembangunan turut menyertai Kategori Terbuka namun gagal meraih tempat teratas.

2_Kementerian Pembangunan johan Kategori Veteran Kejohanan Bola Jaring.JPG

PASUKAN Bola Jaring Kementerian Pembangunan.

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Awam, Kejohanan Bola Jaring Antara Kementerian-kementerian sempena Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ini adalah bertujuan sebagai projek pembangunan sukan Bola Jaring jangka masa panjang dan berterusan, di samping bagi meningkatkan usaha sama dan persefahaman dalam kalangan pegawai-pegawai di bawah kementerian masing-masing dalam memajukan dan meningkatkan mutu sukan Bola Jaring di Negara Brunei Darussalam.

Kejohanan yang bermula pada 27 Oktober 2023 itu juga dihasrat untuk mempersiapkan pemain-pemain untuk membiasakan diri dengan suasana perlawanan Bola Jaring yang 'standard'; memberikan galakan dan dorongan kepada semua lapisan masyarakat di negara ini supaya bergiat aktif dalam aktiviti sukan Bola Jaring dan menarik minat dan memberikan keyakinan pemain-pemain.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments