Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kongsi amalan terbaik dalam hal ehwal pembangunan, pemeliharaan alam sekitar

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan​

1_Kongsi amalan terbaik dalam hal ehwal pembangunan, pemeliharaan alam sekitar.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid bersama Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai dari Kementerian Pembangunan menghadiri The 9th Islamic Conference of Environment Ministers (ICEM9) in the Islamic World di Jeddah, Arab Saudi.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 19 Oktober. – The 9th Islamic Conference of Environment Ministers (ICEM9) in the Islamic World dengan tema 'Towards Achieving Green Transformation in the Islamic Worldtelah diadakan pada 19 Oktober 2023 di Jeddah, Arab Saudi.

The 9th Islamic Conference of Environment Ministers (ICEM9) in the Islamic World diadakan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara ahli kepada Organisation of Islamic Countries (OIC) khusus dalam berkongsi pengalaman, pengetahuan, perkembangan serta amalan terbaik (best practices) dalam hal ehwal pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar serta langkah-langkah yang diambil negara-negara ahli OIC bagi memastikan alam sekitar dipelihara bagi mencapai pembangunan yang mampan untuk agenda global 2030.

Persidangan telah dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya,Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; Pengarah Jabatan Alam Sekitar Taman dan Rekreasi, Dayang Hajah Martinah binti Haji Tamit; dan Pegawai dari Kementerian Pembangunan.

Persidangan yang dipengerusikan oleh Menteri bagi Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Abdulrahman bin Abdulmohsen Al Fadley, ini telah menumpukan perbincangan kepada perkembangan penyediaan laporan mengenai dengan Islamic Academy for the Environment and Development, inovasi hijau dalam menangani cabaran perubahan iklim serta strategi-strategi yang dilaksanakan bagi menyediakan bandar pintar serta mampan di dalam kalangan negara-negara OIC.

Pada sebelah petang telah diadakan sesi kerja pertama atau working session yang membincangkan tajuk 'Green Transformation in the Islamic World: Challenges and Opportunities'. Manakala pada sesi kedua working session telah membincangkan mengenai dengan 'Artificial Intelligence and Emerging Technologies for Achieving the Sustainable Development Goals'.

Semasa berlangsungnya First Working Session: Green Transformation in the Islamic World: Challenges and Opportunities, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah mengongsikan perkembangan, pencapaian, cabaran dan usaha berterusan Negara Brunei Darussalam dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Antaranya ialah melalui keperluan perlaksanaan Penilaian Kesan terhadap Alam Sekitar (Environmental Impact Assessment), bagi projek-projek pembangunan yang tersenarai sebagai 'Prescribed Activities' sebagaimana kehendak seksyen 9 Akta Pemeliharaan dan Pengurusan Alam Sekitar Bab 240. Selain itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga menyentuh mengenai dengan inisiatif pembersihan pantai iaitu costal marvel yang sehingga kini berjaya mengumpul sejumlah 12,352.84 kilogram serpihan laut.

Yang Berhormat Menteri Pembangunan menekankan bahawa Negara Brunei Darussalam juga terus komited untuk mengurangkan pengeluaran karbon serta menggalakkan pertumbuhan hijau yang berdaya tahan. Antara langkah yang dilaksanakan pada masa ini ialah merebiu penggunaan tenaga dalam sektor awam dan swasta, melaksanakan garispanduan, perundangan dan penggubalan dasar untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, serta meningkatkan kesedaran mengenai dengan potensi perubahan iklim melalui promosi berterusan dan program pendidikan melalui pendekatan senegara (Whole of Nation Approach).

Selain daripada itu, Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga menyentuh mengenai dengan usaha berterusan Negara Brunei Darussalam dalam meningkatkan jumlah hutan simpan negara daripada 45 peratus kepada 55 peratus menjelang tahun 2025. Juga ditekankan mengenai dengan perlaksanaan inisiatif penanaman pokok yang terkandung di dalam Dasar Kebangsaan Perubahan Iklim yang sehingga kini sebanyak 48,871 pokok telah berjaya ditanam. Ini adalah sebahagian pencapaian kearah meningkatkan 'Green Environment Resilience' yang mensasarkan penanaman sebanyak 500,000 pokok baharu menjelang tahun 2035.

Dalam kenyataan Yang Berhormat Menteri Pembangunan juga menyentuh mengenai dengan pembaziran non-revenue water yang merupakan satu cabaran besar yang dihadapi di Negara Brunei Darussalam. Dalam usaha untuk mengatasi isu ini, beberapa langkah telah dilaksanakan seperti perlaksanaan Internet of Things (IOT) untuk memantau tekanan air, memantau penyaluran bekalan air serta kebocoran, dalam komitmen untuk mencapai sasaran pengurangan pembaziran non-revenue water daripada 45 peratus pada tahun 2021 kepada 30 peratus pada tahun 2025.

Sebelum berlangsungnya The 9th Islamic Conference Of Environment Ministers (ICEM 9) In The Islamic World, Yang Berhormat Menteri Pembangunan berserta rombongan telah menghadiri 3rd Award Ceremony of the Kingdom of Saudi Arabia Award for Environmental Management in the Islamic World (KSAAEM). Penganugerahan ini adalah kolaborasi bersama Islamic World Educational, Scientific and Cultural Organization (ICESCO) dan Kementerian Alam Sekitar, Air Dan Pertanian, Arab Saudi. 21 pemenang daripada 18 buah negara OIC dalam 5 kategori yang dipertandingkan telah menerima anugerah berkenaan.

Penganugerahan ini bertujuan untuk menghargai sumbangan terhadap tindakan yang dilaksanakan dalam kepentingan alam sekitar dan pembangunan mampan didalam sektor kerajaan dan swasta, untuk meningkatkan kualiti kehidupan dalam negara negara OIC serta inovasi yang dilaksanakan terhadap cabaran yang dihadapi.

Attachments