Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penambahbaikan pelan strategik ke arah pembangunan berkualiti

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penambahbaikan pelan strategik ke arah pembangunan berkualiti.jpg

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan, Pengurusan Eksekutif Kementerian Pembangunan, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya dan Ketua-ketua Jabatan dan Divisyen dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya semasa sesi bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 11 Oktober. – Bengkel Retreat Kementerian Pembangunan membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi serta penambahbaikan bagi Pelan Strategik Kementerian Pembangunan telah diadakan sekali lagi hari ini di Bilik At-Taqwa, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, di sini.

Bengkel dihadiri oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

2_Penambahbaikan pelan strategik ke arah pembangunan berkualiti.jpg 

3_Penambahbaikan pelan strategik ke arah pembangunan berkualiti.jpg 

4_Penambahbaikan pelan strategik ke arah pembangunan berkualiti.jpg

SUASANA sekitar Bengkel Retreat Kementerian Pembangunan.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar; serta Ketua-ketua Jabatan dan Divisyen dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya.

Attachments