Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sambutan memperingati Maulidur Rasul

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Sambutan memperingati Maulidur Rasul.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445H/2023M.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Oktober. – Bagi memperingati hari kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445H/2023M.

Majlis yang dikelolakan oleh Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan itu diadakan di Dewan Betabur, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis diserikan dengan Ceramah Khas bertajuk 'Kenapa Aku Harus Mengamalkan Sunnah?' yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Ustaz Hilman bin Haji Salim.

2_Sambutan memperingati Maulidur Rasul.JPG

CERAMAH Khas bertajuk 'Kenapa Aku Harus Mengamalkan Sunnah?' disampaikan oleh Penolong Pensyarah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPUSB), Ustaz Hilman bin Haji Salim.

Majlis diteruskan dengan persembahan Dikir Marhaban dan Selawat Tafrijiyyah dari Kumpulan Dikir Jabatan Ukur dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

3_Sambutan memperingati Maulidur Rasul.JPG

PERSEMBAHAN Dikir Marhaban dan Selawat Tafrijiyyah dari Kumpulan Dikir Jabatan Ukur.

4_Sambutan memperingati Maulidur Rasul.JPG

ANTARA para jemputan yang hadir.

Turut menghadiri majlis berkenaan ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Ketua-Ketua Jabatan serta pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments