Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pameran Habitat dirasmikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pameran Habitat dirasmikan.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid merasmikan Pameran Habitat (HABITEX) sempena Hari Habitat Sedunia 2023.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 10 Oktober. – Pameran Habitat (HABITEX) sempena Hari Habitat Sedunia 2023 kelolaan Jabatan Kemajuan Perumahan kini dibukakan bagi kunjungan orang ramai selama satu minggu mulai dari hari Selasa, 10 Oktober 2023 hingga hari Isnin, 16 Oktober 2023 dari jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Hadir selaku tetamu kehormat merasmikan pameran berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Objektif utama pameran ini adalah untuk menyediakan platform bagi pengusaha-pengusaha mempromosikan dan mempamerkan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan berkualiti termasuk produk binaan, hiasan rumah, perbankan dan kewangan, telekomunikasi, makanan dan minuman dan sebagainya.

2_Pameran Habitat dirasmikan.JPG 3_Pameran Habitat dirasmikan.JPG

YANG BERHORMAT Menteri Pembangunan menyaksikan pameran yang diadakan di Ruang Legar Aras Bawah dan Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Pameran Habitat yang disertai oleh lebih 20 peserta itu diadakan di Ruang Legar Aras Bawah dan Tingkat 1, Bangunan Jabatan Kemajuan Perumahan dan Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

Turut hadir semasa majlis perasmian berkenaan ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan, dan pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan.

Sumber: Kenyataan Media Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan.

Attachments