Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan sertai riadah berbasikal di Daerah Tutong

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Penerangan

2_Kementerian Pembangunan sertai riadah berbasikal di Daerah Tutong.JPG

MENTERI Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, hadir selaku tetamu-tetamu khas di acara riadah berbasikal berkenaan. (Foto: Jabatan Penerangan)

TUTONG, Ahad, 1 Oktober. – Warga Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya adalah antara yang mengikuti Riadah Berbasikal Tahun 1445 Hijrah / 2023 Masihi yang diadakan di Daerah Tutong.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman; dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, hadir selaku tetamu-tetamu khas di acara berkenaan.

3_Kementerian Pembangunan sertai riadah berbasikal di Daerah Tutong.JPG

SESI bergambar ramai. (Foto: Jabatan Penerangan)

Acara dimulakan dengan bacaan Doa Selamat yang diketuai oleh Imam Masjid Kampong Lamunin dan diikuti dengan senaman aerobik.

Riadah Berbasikal sejauh kurang lebih 23.6 kilometer tersebut menyelusuri beberapa kampung termasuk Kampong Lamunin, Kampong Biong, Kampong Rambai, Kampong Kuala Ungar, dan Kampong Panchong yang menempatkan empat hentian iaitu di Simpang Tiga Kampong Rambai, Sekolah Rendah Panchong, Masjid Kampong Bang Dalam, dan Balai Bomba Lamunin.

Riadah anjuran Majlis Perundingan Mukim dan Kampong Lamunin dengan kerjasama Jabatan Daerah Tutong, Majlis Perundingan Kampong Rambai / Kuala Ungar / Benutan itu bermula dan berakhir di Dataran Balai Raya Gong 3, Kampong Lamunin.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments