Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W.JPG

WARGA Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menyertai perhimpunan dan perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 September. – Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyertai Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria.

Turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut ialah ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

3_Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria mengetuai pasukan Kementerian Pembangunan.

2_Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W.JPG

ANTARA warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang menyertai perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1445 Hijrah yang diadakan di Bandar Seri Begawan.

Perarakan diiringi dengan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam.

Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Sunnah Dihayati, Hidup Diberkati'.

Attachments