Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Dikir Syarafil Anam semarakkan Sambutan Maulidur Rasul

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Dikir Syarafil Anam semarakkan Sambutan Maulidur Rasul.jpeg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan di Majlis berdikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah bersamaan 2023 Masihi di Masjid Kampong Kilanas. (Foto: Jabatan Kerja Raya)

KILANAS, Rabu, 27 September. – Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis berdikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi Tahun 1445 Hijrah bersamaan 2023 Masihi malam ini di Masjid Kampong Kilanas.

Mengetuai rombongan Kementerian Pembangunan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, selaku tetamu kehormat majlis.

Majlis dimulakan selepas Sembahyang Fardhu Maghrib berjemaah dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh tetamu kehormat majlis.

Setelah itu, majlis diteruskan dengan Dikir Assalamualaika diketuai oleh Imam Masjid, Awang Haji Muhd Fahmie bin Haji Awang Metussin dan disusuli Dikir Khairuman dan Badat dari rombongan Kementerian Pembangunan.

Majlis kemudian diserikan dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan Doa-doa Dikir.

Majlis ini merupakan anjuran Ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampong Kilanas yang dikendalikan bersama Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Ia merupakan aktiviti tahunan yang disusun oleh Kementerian Pembangunan dengan tujuan untuk meningkatkan lagi rasa cinta yang mendalam kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan ajaran-ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dalam menyebarkan syiar Islam serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara para pegawai dan kakitangan kementerian.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan kerajaan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments