Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Bengkel Retreat bincangkan isu-isu dan penambahbaikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Bengkel Retreat bincangkan isu-isu dan penambahbaikan.JPG

SESI bergambar ramai para peserta Bengkel Retreat.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 26 September. – Kementerian Pembangunan melalui Divisyen Penyelarasan Polisi dan Perancangan Strategik telah mengadakan Bengkel Retreat di Bilik At-Taqwa, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dihadiri oleh Ketua-ketua Jabatan dan Divisyen serta pegawai-pegawai dari Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini.

Turut menghadiri Bengkel Retreat ini ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, dan Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Objektif utama bengkel ini ialah untuk memberigakan hasil penemuan Kementerian Pembangunan bersama pihak konsultan, Pusat Kajian Strategik dan Dasar (CSPS) mengenai dengan Penilaian Akhir Pelan Strategik Kementerian Pembangunan 2018-2023 dan persediaan bagi merangka Pelan Strategik yang baharu.

6_Bengkel Retreat bincangkan isu-isu dan penambahbaikan.JPG 2_Bengkel Retreat bincangkan isu-isu dan penambahbaikan.JPG 

ANTARA aktiviti yang dijalankan semasa Bengkel Retreat berkenaan.

Selain itu, Bengkel Retreat ini adalah sebagai platform bagi perbincangan mengenai isu dan cabaran yang dihadapi dan membincangkan penambahbaikan dalam Pelan Strategik Kementerian Pembangunan yang akan datang.

Attachments