Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Dikir Maulud terus bergema

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

7_Dikir Maulud terus bergema.JPG
MAJLIS Berdikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445 Hijrah di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 September. – Majlis Dikir sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi rombongan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 1445 Hijrah diteruskan lagi malam ini di Masjid Universiti, Universiti Brunei Darussalam.

Rombongan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis Dikir Maulud bermula setelah selesai menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Doa Dikir dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam.

Turut hadir, Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan daripada Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

3_Dikir Maulud terus bergema.JPG 4_Dikir Maulud terus bergema.JPG

ANTARA pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang hadir.

6_Dikir Maulud terus bergema.JPG

SESI bergambar ramai.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam dan meningkatkan lagi rasa cinta kepada Baginda.

Rombongan Kementerian Pembangunan akan meneruskan majlis tersebut ke Masjid Kampong Kilanas pada hari Rabu sebagai penutup Majlis Berdikir Syarafil Anam 12 Malam Berturut-turut sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bagi tahun 1445 Hijrah.

Attachments