Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

​Penyerahan surat lantikan 'Delegation of Powers'​

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penyerahan surat lantikan ‘Delegation of Powers’.JPG

TETAMU kehormat, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh semasa sesi bergambar ramai bersama para penerima surat lantikan 'Delegations of Powers' ke atas kesalahan-kesalahan dibawah Building Control Order, 2014.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 September. – Sebagai salah satu usaha berterusan dalam meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan Perintah Kawalan Bangunan, 2014, Kementerian Pembangunan melalui Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi) telah memberikan kuasa 'Delegation of Powers' ke atas kesalahan-kesalahan di bawah perintah tersebut kepada pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Daerah dan Lembaga Bandaran, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Perumahan, Kementerian Pembangunan pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan 'Delegation of Powers' ke atas Kesalahan-kesalahan di bawah Building Control Order, 2014 yang diadakan pada hari ini.

Peruntukan yang dimaksudkan adalah bagi menguatkuasakan Seksyen 57 terhadap pemilik atau penghuni bangunan komersial bagi menjaga kebersihan di kawasan yang boleh diakses oleh orang ramai yang diberikan kepada pihak Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, manakala Jabatan Kemajuan Perumahan diberi kuasa untuk menguatkuasakan Seksyen 24 dan 57 bagi sebarang ubahsuai atau tambahan kemajuan tanpa kebenaran serta menjaga kebersihan di kawasan perumahan.

Kerjasama penguatkuasaan antara agensi-agensi kerajaan berkenaan telah terjalin sejak tahun 2018 bagi menjalankan serta meluaskan lagi usaha perlaksanaan penguatkuasaan peruntukan-peruntukan dibawah Perintah Kawalan Bangunan, 2014, dalam sama-sama menjaga kepentingan keselamatan dan kebersihan kemajuan pembangunan di Negara Brunei Darussalam.

Penyerahan surat-surat lantikan tersebut disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh selaku tetamu kehormat.

Majlis diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Pusat Latihan dan Kemahiran Kerja, Kementerian Pembangunan.

Penerima-penerima surat lantikan tersebut diperingatkan untuk sentiasa menjalankan tugas penguatkuasaan dengan penuh tanggungjawab dan berintegriti serta tidak menyalahgunakan kuasa yang telah diamanahkan.

Kementerian Pembangunan juga menghargai setiap komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh setiap pihak bagi sama-sama memastikan industri pembinaan di negara ini adalah teratur dan berjalan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah melayari laman sesawang di www.abci.gov.bn.

Sumber: Siaran Akhbar Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan, Kementerian Pembangunan.

Attachments