Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sesi dialog mengenai pembangunan strata

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

8_Sesi dialog mengenai pembangunan strata.jpg
TETAMU kehormat, Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh semasa sesi bergambar ramai bersama para jemputan khas yang menghadiri sesi dialog mengenai kemajuan strata di Negara Brunei Darussalam.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 21 September. – Sesi dialog mengenai kemajuan strata di Negara Brunei Darussalam yang diadakan pada hari ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan menyebarluaskan proses terkini bagi permohonan kemajuan strata di Negara Brunei Darussalam disamping membincangkan isu-isu yang dihadapi semasa proses permohonan strata dilaksanakan.

Hadir selaku tetamu kehormat ke sesi dialog ini ialah Pemangku Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

Sesi dialog diisikan dengan taklimat yang disampaikan oleh See Seng Guan dari Surbana Jurong Consultants Pte. Ltd., Singapura bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Ukur, Jabatan Tanah, dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

3_Sesi dialog mengenai pembangunan strata.jpg

TAKLIMAT disampaikan oleh See Seng Guan dari Surbana Jurong Consultants Pte. Ltd., Singapura bersama pegawai-pegawai dari Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Ukur, Jabatan Tanah, dan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi).

Sesi yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan ini dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen di Kementerian Pembangunan, wakil dari pihak-pihak yang berkepentingan seperti Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Lembaga Bandaran Bandar Seri Begawan, dan Jabatan-jabatan Daerah.

4_Sesi dialog mengenai pembangunan strata.jpg 5_Sesi dialog mengenai pembangunan strata.jpg

ANTARA para jemputan yang hadir.

Turut menyertai sesi dialog ini ialah ahli-ahli dari Persatuan Bank-bank Brunei (BAB), The Law Society of Brunei Darussalam, pemaju-pemaju tempatan, juruukur berlesen dan pensyarah-pensyarah dari Universiti Brunei Darussalam, Universiti Sultan Sharif Ali dan Universiti Teknologi Brunei.

Attachments