Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Anak-anak yatim warga Kementerian Pembangunan terima sumbangan

Oleh: Aimi Sani | Foto: Haji Ariffin Mohd. Noor | Jumaat, 01 Julai 2016

46472e1f4574fa01cf44d28238a5ef07_XL.jpg 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, kementerian tersebut.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Jun. - Antara amalan-amalan berkebajikan yang sering diungkayahkan sepanjang bulan Ramadan ialah memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Sebagai usaha membantu persiapan anak-anak yatim menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang, Kementerian Pembangunan hari ini mengadakan Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, kementerian tersebut, di sini.

 300616_ARIF_MOD-2.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Terdahulu, acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh pegawai dari kementerian tersebut, Awang Mohammad Khairul bin Jackariah.

300616_ARIF_MOD-4.jpg 

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.

Tetamu kehormat kemudiannya menyampaikan sumbangan derma kepada seramai 54 anak yatim warga kementerian berkenaan yang terdiri daripada 33 lelaki dan 21 perempuan.

Majlis sedemikian adalah satu kegiatan tahunan kementerian berkenaan dalam menyemai tanggungjawab golongan pegawai dan kakitangan tersebut bagi sama-sama memeduli anak-anak yatim dan menggalakkan dan memberikan kesedaran kepada mereka untuk memperbanyakkan amalan pada bulan Ramadan.

Juga hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments