Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan terus semarakkan Ramadan

Oleh: Nooratini Haji Abas | Foto: Mohd. Sahrizal Haji Said | Rabu, 22 Jun 2016

 8427b53564e1a20c5d0b3f8d9f92d095_XL.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah (dua, kiri) membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Masjid Bengkurong. Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

KAMPUNG BENGKURONG, Selasa, 21 Jun. - Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, Kementerian Pembangunan meneruskan lagi Majlis Tadarus Al-Quran dan Tahlil juga diteruskan dengan penyampaian wakaf dan berbuka puasa bertempat di Masjid Bengkurong, di sini.

Mengetuai rombongan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar; Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny dan Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

 RIZAL_TADARUS_MOD_1.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyerahkan wakaf berupa rihal bagi keperluan masjid kepada Ketua Imam Masjid Bengkurong, Awang Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar.

Pada majlis itu didahului dengan penyerahan sumbangan wakaf berupa 30 biji rihal bagi keperluan masjid berkenaan disampaikan oleh tetamu kehormat kepada Ketua Imam Masjid Bengkurong, Awang Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar.

Majlis diteruskan dengan Tadarus Al-Quran bermula dari bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh imam masjid dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dimulai oleh tetamu kehormat.

Setelah itu, diikuti dengan bacaan Tahlil, Doa Arwah dan seterusnya berbuka puasa dan menunaikan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah diimamkan oleh imam masjid.

Majlis Khatam Al-Quran Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya akan diadakan pada 25 Jun nanti di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments