Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Sembahyang bagi meraih redha Allah

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Sembahyang bagi meraih redha Allah.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat di Majlis Sempena Sambutan Isra' dan Mi'raj kelolaan Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya.

BERAKAS, Selasa, 28 Februari. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya mengadakan Majlis Sempena Sambutan Isra' dan Mi'raj yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya pada sebelah pagi bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Bangunan Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi), Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat di majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat-Ayat Suci Al-Quran oleh Yang Mulia Dayang Marjahwati binti Haji Maidin, Juruukur Bahan di Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya.

Majlis seterusnya diikuti dengan ceramah khas sesuai dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu “Bersabar, Berikhtiar, Bertawakkal dan Berdoa Menghadapi Ujian: Sembahyang Meraih Redha Allah" yang disampaikan oleh penceramah undangan dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, Pegawai Perkembangan Ugama.

3_Sembahyang bagi meraih redha Allah.JPG

CERAMAH disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustafa, Pegawai Perkembangan Ugama, dari Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya, Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar, dan pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments