Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan | Sabtu, 18 Jun 2016

 IMG_5574_.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa hadir pada Majlis Bertahlil Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Jun. - Rombongan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Membaca Surah Yaa Siin dan Tahlil khusus bagi ayahanda dan bonda Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Majlis diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, di sini.

Mengetuai rombongan ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah.

Juga hadir, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yaa Siin, tahlil dan diikuti dengan doa yang dikepalai oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Mohd Amin bin Haji Salim.

Majlis ini merupakan kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Attachments