Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

'Wira Pantai' kutip 1,488kg sisa sampah
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

11_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG

SESI bergambar ramai selepas acara Kempen Kebersihan Wira Pantai.

MUARA, Sabtu, 21 Januari. – Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah mengadakan kempen kebersihan persisiran pantai bagi serpihan laut atau 'marine debris' berkonsepkan 'Scavenger Hunt' di Taman Rekreasi Pantai Muara.

Hadir selaku tetamu kehormat, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan taklimat keselamatan.

Acara kemudian diteruskan dengan senaman ringan dan kempen kebersihan serpihan laut di sepanjang persisiran pantai.

3_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG

SETIAUSAHA Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak selaku tetamu kehormat turut menyertai kempen berkenaan.

Turut hadir semasa acara tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan) di Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh; pegawai-pegawai kanan, kakitangan-kakitangan dari jabatan-jabatan dan divisyen-divisyen di bawah Kementerian Pembangunan; serta wakil-wakil dari syarikat-syarikat Food and Beverage (F&B) iaitu Syarikat Air Rainwater RAB Global Green Sendirian Berhad, juga Syarikat Sehat Water IBIC Sendirian Berhad.

Seramai lebih 350 peserta terlibat dalam kempen tersebut.

1_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG 2_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG

7_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG 9_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG

SUASANA sekitar Kempen Kebersihan Serpihan Laut Wira Pantai 'Scavenger Hunt' 2023 yang diadakan di Taman Rekreasi Pantai Muara.

Di penghujung kempen, jumlah sisa sampah yang berjaya dikutip adalah sebanyak 1,488 kilogram.

Divisyen Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan telah muncul juara bagi Kempen Kebersihan Serpihan Laut Wira Pantai 'Scavenger Hunt' 2023.

10_‘Wira Pantai’ kutip 1,488kg sisa sampah.JPG

TETAMU kehormat menyampaikan hadiah kepada juara bagi Kempen Kebersihan Serpihan Laut Wira Pantai 'Scavenger Hunt' 2023 yang berjaya mengutip sampah terbanyak.

Maklumat lanjut mengenai kempen ini akan dikongsikan di laman Instagram jabatan: '@jastre.bn'.

Kempen Kebersihan Senegara yang pertama bermula pada 13 Jun 2021, yang diadakan di tiga buah pantai secara serentak iaitu Taman Rekreasi Pantai Muara Pantai Danau, Daerah Tutong; dan Taman Rekreasi Peranginan Pantai Lumut, Daerah Belait.

Serpihan laut adalah salah satu masalah alam sekitar yang utama di peringkat kebangsaan, serantau dan juga antarabangsa.

Tujuan utama Kempen Kebersihan Wira Pantai ini diadakan ialah untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan sisa yang dibuang ke persekitaran laut, terutamanya sisa plastik.

Objektif kempen ini ialah untuk mengumpul 'baseline data' atau data asas serpihan laut di kawasan persisiran; mengenal pasti jenis serpihan laut yang ada; dan memperkasa masyarakat untuk menanamkan rasa tanggungjawab dalam melindungi dan memelihara alam sekitar melalui kaedah pembuangan sampah yang betul.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments