Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penandatanganan kontrak projek RPN Tanah Jambu Fasa 7
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penandatanganan kontrak projek RPN Tanah Jambu Fasa 7.JPG

PENANDATANGANAN kontrak bagi projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu, Fasa 7 di antara Jabatan Kemajuan Perumahan dan kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sdn. Bhd.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 5 Januari. – Majlis menandatangani kontrak bagi projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu, Fasa 7 telah diadakan pada petang tadi di antara Jabatan Kemajuan Perumahan dan kontraktor yang dilantik, Thong & Thong Sdn. Bhd.

Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan, Dayang Rosniza binti Dato Paduka Haji Hamdani dan disaksikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan, Awang Haji Mohd Sufri bin Haji Abdul Hamid.

Sementara itu, menandatangani bagi pihak Thong & Thong Sendirian Berhad ialah Awang Haji Abd Rahman bin Haji Metasim iaitu selaku Pengarah Urusan Syarikat.

Majlis berkenaan juga diteruskan dengan penandatanganan Jaminan Rekabentuk di antara pihak Jabatan Kemajuan Perumahan dengan tiga pihak konsaltan projek berkenaan iaitu Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.

2_Penandatanganan kontrak projek RPN Tanah Jambu Fasa 7.JPG3_Penandatanganan kontrak projek RPN Tanah Jambu Fasa 7.JPG4_Penandatanganan kontrak projek RPN Tanah Jambu Fasa 7.JPG
PENANDATANGANAN Jaminan Rekabentuk di antara pihak Jabatan Kemajuan Perumahan dengan konsaltan projek berkenaan iaitu Gemilang Latif Associates, Perunding Primareka dan Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd.

Menandatangani bagi pihak Jabatan Kemajuan Perumahan ialah Pemangku Pengarah Kemajuan Perumahan dan disaksikan oleh Pemangku Timbalan Pengarah, Jabatan Kemajuan Perumahan. Sementara itu, menandatangani bagi pihak Gemilang Latif Associates ialah Ar. Mahri bin Haji Latif, manakala menandatangani bagi pihak Perunding Primareka ialah Ir. Wee Hong Kee dan menandatangani bagi pihak Sepakat Setia Perunding (B) Sdn. Bhd. ialah Ir. Dr. Rohaniyati binti Pehin Orang Kaya Shahbandar Dato Seri Paduka Haji Md Salleh.

Majlis menandatangani kontrak berkenaan disaksikan oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria, selaku tetamu kehormat majlis.

Projek Perumahan Negara Kampong Tanah Jambu, Fasa 7 ini menelan belanja lebih BND 96 juta dan termasuk di dalam projek Rancangan Kemajuan Negara ke-11. Projek ini akan bermula pada 5 Januari 2023 dan dijangka siap dalam tempoh masa 24 bulan di atas tapak projek berkeluasan 80 hektar. Skop projek ini adalah termasuk rekabentuk dan pembinaan bagi kerja-kerja infrastruktur dan 950 unit rumah jenis teres.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohd Salleh, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-Pegawai Kanan di Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kemajuan Perumahan.

Attachments