Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Jabatan Perkhidmatan Air juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Jabatan Perkhidmatan Air juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan.JPG

TIMBALAN Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh menyampaikan piala kepada johan Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

BERAKAS, Ahad, 20 November. – Pasukan Jabatan Perkhidmatan Air muncul juara pada Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya kelolaan Jabatan Tanah yang diadakan di Dewan Serbaguna, Jabatan Kerja Raya.

Kejohanan yang diadakan selama dua minggu bermula pada 7 November lalu menyaksikan naib juara dimenangi oleh Jabatan Ukur sementara tempat ketiga disandang bersama oleh Jabatan Tanah dan Kementerian Pembangunan.

2_Jabatan Perkhidmatan Air juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan.JPG

PASUKAN Kementerian Pembangunan meraih tempat ketiga.

Hadir dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh.

3_Jabatan Perkhidmatan Air juara Kejohanan Badminton Kementerian Pembangunan.JPG

PASUKAN Jabatan Perkhidmatan Air meraikan kemenangan.

Sebanyak 11 pasukan bertanding pada kejohanan edisi kali ini, terdiri daripada jabatan-jabatan di bawah Kementerian Pembangunan yang bertujuan untuk memupuk dan menyemai rasa muhibah, persaudaraan dan semangat kesukanan dalam kalangan warga kerja di samping mengekalkan kesihatan fizikal warga kementerian.

Hadir sama pada kejohanan akhir berkenaan ialah ketua-ketua jabatan dan divisyen terdiri dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya serta para penyokong pasukan masing-masing.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments