Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur
1_Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti.jpg
SESI bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 20 November. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dengan kerjasama Institusi Geomatik Brunei (B.I.G) hari ini telah menyambut Hari Sistem Maklumat Geografi (GIS) Sedunia. Sambutan berkenaan telah diadakan di Bandarku Ceria bertempat di Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan bertemakan 'Explore the Unseen with GIS'.

Sambutan Hari GIS pada tahun ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan inovasi aplikasi teknologi sistem maklumat geografi (GIS) dalam penggunaan data geospatial dan Geomatik.

Hadir selaku Tetamu Kehormat, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

Turut hadir meraikan sambutan ini ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai kanan dan kakitangan Jabatan Ukur dan ahli-ahli B.I.G.

Juga hadir ialah Presiden Institusi Geomatik Brunei (B.I.G), Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim.

Pelbagai aktiviti, permainan dan pameran diadakan untuk para pengunjung seperti Cerapan Matahari, pameran instrumen, Permainan Chipping Planets, Guess the Distance, Ping the Depth, Match It Up, Guess N Win, Places in NBD dan puzzles.

2_Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti.jpg 3_Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti.jpg

4_Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti.jpg 5_Hari GIS disambut dengan pelbagai aktiviti.jpg

ANTARA aktiviti-aktiviti yang dikendalikan.

Sambutan Hari GIS Sedunia tahun ini juga memberigakan aplikasi mudah alih Geoportal Ukur dan Penggunaan Penomboran Rumah dan simpang serta pengesahan alamat. Aplikasi dalam talian iaitu Sistem Peta Mukim dan Kampong dan Sistem Hala Kiblat juga turut dipamerkan.

Sambutan Hari GIS Sedunia diadakan setiap tahun pada bulan November dan pada tahun ini Hari GIS jatuh pada 16 November 2022.

Pada tahun ini Jabatan Ukur, Institusi Geomatik Brunei (B.I.G.) dan organisasi-organisasi di seluruh dunia turut serta menganjurkan perhimpunan secara bersemuka, atau secara maya dalam meraikan bidang professional GIS. Ia juga berfungsi dalam menyemarakkan imaginasi para inovator masa depan yang bertanggungjawab dalam memajukan pembangunan secara global menggunakan Teknologi GIS.

Sambutan Hari GIS Sedunia ini memberi peluang untuk para profesional GIS di seluruh dunia untuk berkongsi maklumat melalui penggunaan teknologi GIS untuk mengambil pendekatan geografi dalam menangani cabaran seperti pandemik COVID-19 dan perubahan iklim.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Laman Sesawang Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan, Facebook SURVEY Department of Brunei Darussalam.

Attachments