Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

MoD juarai perlawanan Futsal Kategori Terbuka sempena HPA ke-29
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_MoD juarai perlawanan Futsal Katergori Terbuka sempena HPA ke-29.jpg

PASUKAN Futsal Kementerian Pembangunan Kategori Terbuka menerima hadiah dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

BERAKAS, Ahad, 30 Oktober – Kementerian Pembangunan muncul Juara dalam Kategori Terbuka di Perlawanan Akhir Kejohanan Futsal sempena Hari Perkhidmatan Awam (HPA) Ke-29, tahun 2022, yang berlangsung di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah.

Pg Army Mazhisham bin Pg Haji Muhamad, pemain dari Jabatan Pentadbiran dan Kewangan (DAF), JKR menjaringkan 2 gol dan ditambah 1 gol daripada Safwan Amaluddin bin Sabli, pemain dari Jabatan Ukur memberi kemenangan kepada pasukan Kementerian Pembangunan dengan menewaskan pasukan Kementerian Pendidikan dengan jaringan 3-1.

Manakala itu, kapten pasukan Kementerian Pembangunan, Mohd Norazizam bin Roslan, pemain dari Jabatan Ukur telah memenangi Anugerah Pemain Terbaik bagi kejohanan tahun ini.

2_MoD juarai perlawanan Futsal Katergori Terbuka sempena HPA ke-29.jpg

KAPTEN pasukan Kementerian Pembangunan, Mohd Norazizam bin Roslan (dari Jabatan Ukur) memenangi Anugerah Pemain Terbaik.

Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Mulia Dato Seri Paduka Awang Mohammed Riza bin Dato Paduka Haji Mohammed Yunos.

Kementerian Pembangunan juga menyertai Kategori Veteran. Kejohanan ini anjuran bersama Jabatan Pentadbiran, Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.

Attachments