Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Ceramah “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera'ih Syafaat" meriahkan sambutan
Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Ceramah “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera’ih Syafaat” meriahkan Sambutan.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid hadir selaku tetamu kehormat majlis.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 15 Oktober – Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya telah mengadakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya bertempat di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan pada sebelah pagi hari ini. Hadir selaku Tetamu Kehormat bagi majlis tersebut ialah Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid, Menteri Pembangunan.

2_Ceramah “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera’ih Syafaat” meriahkan Sambutan.jpg

YANG Mulia Ustaz Haji Badaruddin bin Haji Basar menyampaikan ceramah khas bertajuk "Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera'ih Syafaat" pada majlis berkenaan.

Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Mulia Haji Abd Aziz bin Haji Momin, Penguasa di Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR. Majlis disusuli dengan ceramah khas bertajuk “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera'ih Syafaat" yang disampaikan oleh Ustaz Haji Badaruddin bin Haji Basar, Penolong Ketua Bahagian Penyebaran Da'wah (Kaunseling), Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama. Bagi memberkati lagi majlis tersebut, bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Haji Badaruddin bin Haji Basar, penceramah undangan khas di majlis tersebut.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Yang Mulia Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub, Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan; Yang Mulia Ir. Awg Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya; Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya.

3_Ceramah “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera’ih Syafaat” meriahkan Sambutan.jpg 4_Ceramah “Berselawat dan Amalkan Sunnah Mera’ih Syafaat” meriahkan Sambutan.jpg

WARGA Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang hadir ke majlis ini.

Majlis yang dikelolakan bersama oleh Jabatan Perkhidmatan Teknikal dan Jabatan Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya ini antaranya bertujuan untuk memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam dan menambahkan rasa cinta kepada baginda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wassalam.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya.

Attachments