Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

3 kontrak projek-projek JKR ditandatangani

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

4_3 kontrak projek-projek JKR ditandatangani.JPG

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir selaku tetamu kehormat semasa sesi bergambar ramai bersama wakil-wakil kontraktor yang dilantik.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 21 Mei. – Majlis Penandatanganan bagi Kontrak Projek-Projek di bawah kendalian Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan telah diadakan di Dewan Atria Simpur, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyaksikan penandatanganan kontrak ini ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim.

Projek-projek yang ditandatangani adalah seperti berikut:

1_3 kontrak projek-projek JKR ditandatangani.JPG

PENANDATANGANAN kontrak bagi projek Meningkatkan Taraf Loji Rawatan Air – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8: Pakej 2 – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8.

1.       Meningkatkan Taraf Loji Rawatan Air – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8: Pakej 2 – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8

Kontraktor: Surati Construction Sdn. Bhd.
Harga kontrak: $48,880,819.80
Tempoh projek: 36 bulan
Objektif projek: Untuk membekalkan air bersih pada kadar maksimum 120 juta liter sehari bagi menampung keperluan yang semakin meningkat serta memberikan bekalan yang berterusan bagi Daerah Brunei Muara dan Tutong.


2_3 kontrak projek-projek JKR ditandatangani.JPG

PENANDATANGANAN kontrak bagi projek Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Earthworks and Infrastructure Works.

2.       Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Earthworks and Infrastructure Works

Kontraktor: Thong & Thong Sdn. Bhd.
Harga kontrak: $33,976,353.19
Tempoh projek: 24 bulan
Objektif projek: Untuk menyediakan platform bagi semua bangunan UNISSA dan penyediaan infrastruktur utama seperti jalan raya, pembekalan air, elektrik, pembetungan, saliran, telekom dan sebagainya. Skop kerja juga termasuk site clearance, soil investigation works, earthworks dan slope protection works.


3_3 kontrak projek-projek JKR ditandatangani.JPG

PENANDATANGANAN Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah: Sekolah Menengah Menglait.

3.       Bangunan Tambahan Sekolah-Sekolah: Sekolah Menengah Menglait

Kontraktor: Tekad Fajar Sdn. Bhd.
Harga kontrak: $2,683,000.00
Tempoh projek: 12 bulan
Objektif projek: Menyediakan blok sekolah tambahan untuk bangunan teknikal dan sains. Skop termasuk pembinaan bangunan baru dua-tingkat dengan kerja-kerja minor earthworkssurface water and foul drainageexternal water supply dan pemasangan mekanikal dan elektrik yang berkaitan.

Penandatanganan kontrak bagi ketiga-tiga buah projek pembinaan berkenaan ditandatangani antara Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air, Pengarah Kemajuan, serta wakil-wakil kontraktor yang dilantik.

Majlis diteruskan dengan penyerahan dokumen kontrak-kontrak dan disusuli dengan pameran serta taklimat ringkasan projek-projek tersebut.

Sebelumnya, Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, dalam ucapan alu-aluannya berkata projek-projek ini mencerminkan usaha pihak Kerajaan dalam merealisasikan salah satu matlamat Wawasan Brunei 2035 iaitu memastikan kehidupan rakyat yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, isu gangguan bekalan air di beberapa kawasan di Daerah Brunei-Muara seperti Perumahan Lambak Kanan, Subok, Lumapas dan masalah air kekuningan kian meningkat.

Melalui projek 'Kajian Persekitaran bagi Mangenese dan kandungan Mineral yang lain di sepanjang Sungai Tutong' yang telah dilaksanakan, hasil dapatan dari projek berkenaan menunjukkan kualiti air mentah dari Sungai Tutong tidak menentu dari segi kandungan mineral dan impurities.

Kekerapan perubahan cuaca, hujan berterusan dan banjir di sekitar tadahan Sungai Tutong sering mengakibatkan peningkatan kandungan mineral seperti manganese dan iron yang melebihi had keupayaan rawatan rekabentuk asal Loji Air Bukit Barun Peringkat 4 dan 5 yang telah beroperasi hampir 30 tahun. Keadaan ini menyumbang kepada ketidakupayaan loji mengendalikan sepenuhnya proses rawatan air mentah. Ini seterusnya menyumbang kepada berlakunya aduan kekurangan bekalan air dan masalah air kuning di pihak pengguna.

Untuk perancangan jangka pendek, Jabatan Kerja Raya sedang melaksanakan projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 4 dan 5, yang mana fasa 1 projek berkenaan telahpun siap dan fasa 2 sedang dijalankan pada masa ini.

Melalui Rancangan Kemajuan Negara ke-11, beberapa projek sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani isu bekalan air dan masalah air kekuningan.

Salah satu projek yang akan dilaksanakan ialah Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8. Setelah siap dan beroperasinya Loji Rawatan Air tersebut nanti, masalah kekurangan kuantiti dan kualiti air bersih akan dapat diatasi.

Jelasnya lagi, Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Kerja Raya, sedang melaksanakan perancangan kajian 'NRW (Non-Revenue Water) STUDY' di beberapa zon-zon air di negara ini.

Fasa 1 bagi projek ini telah siap dilaksanakan dimana beberapa flowmeter telahpun dipasang di tempat-tempat strategik. Manakala fasa 2 projek ini sedang dalam fasa perlaksanaan.

Dengan adanya usaha kajian tersebut, peratus NRW melalui kebocoran yang mengakibatkan pembaziran air bersih akan dapat dikurangkan dan seterusnya akan memberi maklumat jelas bagi mengoptimakan rangkaian paip.

Selain daripada perancangan atau aktiviti tersebut, Jabatan Kerja Raya juga telah mengenal pasti projek baru yang akan dipohonkan pada Rancangan Kemajuan Negara yang akan datang, yang mana akan memberi impak positif bagi bekalan air downstream seperti pemasangan paip baru serta pembinaan tangki simpanan baru.

Jabatan Kerja Raya juga memohon kerjasama orang ramai untuk berjimat cermat di dalam penggunaan air, dan membaiki kerosakan di dalam kawasan rumah serta melaporkan mana-mana paip air yang pecah atau mengalami kerosakan dengan segera.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Pemangku Setiausaha Tetap (Pengajian Tinggi), Kementerian Pendidikan, Dr. Awang Chin Wei Keh; Rektor Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr. Awang Haji Norarfan bin Haji Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Mohd Salleh bin Haji Abd Karim, Ketua-Ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments