Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Seminar Pembangunan Profesional

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Ukur

1_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

HADIR selaku tetamu kehormat bagi seminar berkenaan ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 26 Mac. – Seminar Pembangunan Profesional (Continuous Professional Development (CPD)) bersempena Hari Juruukur Sedunia 2022 telah diadakan pada hari ini di Dewan Indera Pahlawan, Kementerian Pembangunan. Seminar berkenaan merupakan acara kedua bagi Sambutan Hari Juruukur Sedunia 2022 anjuran bersama Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan dan Institusi Geomatik Brunei (B.I.G).

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Turut hadir di seminar tersebut ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, Pemangku Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Professional), Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Ketua Pengarah Kerja Raya, Ketua-Ketua Jabatan dan Divisyen di bawah Kementerian Pembangunan, para pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur, Jurukur-Juruukur Tanah Berlesen dan Ahli-Ahli B.I.G.

Seminar dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa selamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan dari Presiden B.I.G, Awang Haji Ali Bakar bin Haji Kasim dan ucapan dari tetamu kehormat majlis.

3_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

UCAPAN alu-aluan dari Presiden B.I.G, Yang Mulia Haji Ali Bakar bin Haji Kasim.

2_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

TIMBALAN Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin memberikan ucapan bagi pembukaan seminar tersebut.

Seminar ini telah memuatkan sebanyak tiga pembentangan kertas kerja teknikal dari pentaklimat yang terdiri daripada ahli profesional B.I.G dan pegawai dari Jabatan Ukur serta Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd. selaku pemohon baru B.I.G.

Pentaklimat pertama ialah Juruukur Kanan di Bahagian Pengukuran Kadaster, Jabatan Ukur, Awang Haji Muhammad Hifney bin Haji Abdul Rahman. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'The Potential of Using Satellite Altimetry for Sea Level Study in Brunei Darussalam', mengenai potensi penggunaan satellite altimetry bagi kajian paras laut di Brunei Darussalam. Kertas kerja beliau telah dibentangkan semasa FIG Working Week di Hanoi, Vietnam dan 15th South East Asia Survey Congress 2019 di Darwin Australia pada tahun 2019. Kertas kerja ini juga telah dianugerahkan Best Abstract Award SEASC 2019 oleh The Surveying and Spatial Sciences Institute, Remote Sensing & Photogrammetry Commission.

Pentaklimat kedua ialah Juruukur di Bahagian Geodetik, Jabatan Ukur, Awang Muhammad Abdul Hadi bin Haseri. Kertas kerja yang dibentangkan bertajuk 'Assessment of Local Geoid in Brunei Darussalam' yang memfokuskan kepada analisis perbezaan ketinggian ortometrik di antara purata paras laut (mean sea level) dan GNSS (Global Navigation Satellite System).

4_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

AWANG Muhammad Abdul Hadi bin Haseri merupakan salah seorang pentaklimat di Seminar Pembangunan Profesional (Continuous Professional Development (CPD)) bersempena Hari Juruukur Sedunia 2022.

Pentaklimat ketiga pula ialah Ketua Bahagian Geomatic & Metocean di Syarikat Brunei Shell Petroleum Sdn. Bhd., Mr. Mark Beloeil-Smith. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Where Am I?' mengenai pengetahuan asas, kefahaman mengenai bagaimana kedudukan dibuat dan mengetahui bagaimana untuk mengesahkan kedudukan berkenaan yang perlu diketahui oleh ahli Geomatik atau Juruukur.

5_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

6_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

PENYAMPAIAN sijil keahlian baru B.I.G. telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Penyampaian sijil keahlian baru B.I.G. juga telah disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis kepada Abang Mohammad Syazwan bin Abang Abas yang telah dinaiktaraf kepada Professional Member daripada Graduate Member, Mr. Mark Beloeil-Smith telah diterima sebagai Professional Member dan Awang Muhammad Abdul Hadi bin Haseri sebagai Graduate Member.

7_Seminar Pembangunan Profesional.jpg

SESI bergambar ramai bersama Timbalan Menteri Pembangunan, Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, Ketua Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, para pegawai kanan dan Ahli-Ahli B.I.G.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan.

Attachments