Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Bangunan baharu RTB Temburong dirasmikan

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Bangunan baharu RTB Temburong dirasmikan.jpg

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud, dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar hadir sama bagi menyempurnakan perasmian bangunan baharu Radio Televisyen Brunei (RTB) Cawangan Daerah Temburong.

BANGAR, Isnin, 21 Mac. – Radio Televisyen Brunei (RTB) telah melakar satu lagi detik bersejarah dengan berlangsungnya Majlis Pemindahan RTB Cawangan Daerah Temburong ke Bangunan Kekal Baharu di Pekan Bangar.

Hadir sama bagi menyempurnakan perasmian bangunan ini ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud selaku tetamu kehormat, dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Sejak Mac 2007, RTB Cawangan Daerah Temburong telah beroperasi di Bangunan PWD 708 'A' secara sementara iaitu kurang lebih 14 tahun. Selaras dengan pembangunan pesat bagi memajukan Daerah Temburong di bawah Autoriti Kemajuan Daerah Temburong (AKDT), RTB Cawangan Daerah Temburong telah berpindah dan mula beroperasi di Bangunan Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Negara Brunei Darussalam (MPABD) Pekan Bangar dengan keramaian 15 orang petugas pada 1 Mac 2022.

Bagi penempatan ke lokasi baharu di Bangunan MPABD, kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan bersama oleh pihak Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Jabatan Kerja Raya.

2_Bangunan baharu RTB Temburong dirasmikan.jpg

3_Bangunan baharu RTB Temburong dirasmikan.jpg

YANG Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Berhormat Menteri Pembangunan meninjau studio TV (gambar atas) dan ruang pejabat (gambar bawah) di bangunan baharu RTB Cawangan Daerah Temburong.

Bangunan baharu ini dilengkapi dengan sebuah studio TV dan sebuah studio Radio, satu Master Control Room, beberapa buah bilik para petugas dan ruang tetamu.

Sementara bagi kemudahan dan keperluan lain, kawasan bangunan baharu ini juga disediakan ruang yang sesuai bagi meletakkan kenderaan Outside Broadcast (OB) jika ada rakaman TV dan siaran lintas langsung di Daerah Temburong.

4_Bangunan baharu RTB Temburong dirasmikan.jpg

SESI bergambar ramai.

Sumber: Siaran Akhbar Radio Televisyen Brunei.

Attachments