Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya.

BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 22 Julai. – Majlis penutup dan penyampaian sijil Kursus Induksi bagi 59 pegawai dalam Bahagian II di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan Dibawahnya telah diadakan pagi tadi. Majlis berlangsung di Hotel Mulia, Kampung Anggerek Desa, Berakas.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyampaikan sijil ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

18_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat.

Pegawai-pegawai yang menyertai kursus ini adalah terdiri daripada pegawai-pegawai yang baharu berkhidmat dalam Divisyen II di Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan dibawahnya.

Pelbagai aktiviti disusun sepanjang kursus yang diadakan selama tujuh hari yang bermula pada 28 Jun 2021 lalu, dimana para peserta diberikan taklimat-taklimat penerangan oleh agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan dan juga dari jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan seperti Jabatan Adat Istiadat Negara, Jabatan Penerangan, Jabatan Perkhidmatan Pengurusan, Jabatan Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Institut Perkhidmatan Awam, Biro Mencegah Rasuah, dan Biro Kawalan Narkotik, Jabatan Perdana Menteri.

Selain itu, aktiviti 'Team Building' juga diadakan bagi memberikan pendedahan kepada para peserta dalam kebolehan berkomunikasi dan membuat perancangan strategik serta menguji kemampuan para peserta membuat keputusan mengimplementasi dan membina inisiatif kerja berpasukan untuk mencapai matlamat pasukan masing-masing.

9_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg 10_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

13_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg 11_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

15_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg 14_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar semasa menyampaikan sijil kepada antara beberapa orang peserta Kursus Induksi.

Objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan serta memahami tugas-tugas dan tanggungjawab kementerian ini dan jabatan-jabatan di bawahnya. Selain itu, kursus juga dihasratkan ke arah mempertingkatkan pengetahuan para peserta serta pemahaman mengenai Perintah-Perintah Am dalam perkhidmatan awam seperti Peraturan-Peraturan Am, Peraturan-Peraturan Kewangan dan Keselamatan Kerajaan.

16_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg 17_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

UCAPAN daripada wakil-wakil peserta Kursus Induksi.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Norimtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiusaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Ketua-ketua Jabatan; Ketua-ketua Divisyen dan Unit di Kementerian Pembangunan.


2_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Kerja Raya.


3_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Kementerian Pembangunan.


4_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Kemajuan Perumahan.


5_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Perancang Bandar dan Desa.


6_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Ukur.


19_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Tanah.


7_59 pegawai baharu terima Sijil Kursus Induksi.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan bergambar ramai bersama peserta-peserta Kursus Induksi bagi Pegawai-Pegawai Dalam Bahagian II Yang Baru Berkhidmat di bawah Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi.

Attachments