Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penandatanganan kontrak bagi projek pembinaan

Oleh: Kementerian Pembangunan

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 12 Jun. – Sebanyak enam buah kontrak bagi projek-projek pembinaan dan sebuah dokumen kontrak pelantikan konsultan di bawah Jabatan Kerja Raya telah ditandatangani pada majlis yang berlangsung di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Hadir bagi menyaksikan penandatanganan dokumen-dokumen kontrak dan lantikan konsaltan tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat.

Projek-projek yang ditandatangani ialah:

  1. Projek Pembinaan Semula Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong;
  2. Projek Membekal dan Menghantar 35,000 Ton Metrik Aluminium Sulphate ke Loji-Loji Rawatan Air, Negara Brunei Darussalam;
  3. Projek Meningkatkan Taraf Loji Rawatan Air – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8: Package 1 – Kerja-Kerja Tanah Bagi Platform Loji Rawatan Air;
  4. Projek Penambahbaikkan Sistem Bekalan Air (Pembinaan tangki-tangki air dan peningkatan sistem pam air) – Tangki Simpanan Mukim Labu / Lakiun, Daerah Temburong;
  5. Projek Penambahbaikkan Sistem Bekalan Air (Pembinaan tangki-tangki air dan peningkatan sistem pam air) – Tangki Simpanan Kampong Batang Duri, Daerah Temburong; dan
  6. Projek Kontrak Penggal Bagi Kerja-Kerja Pemeliharaan Sistem Chlorine Peralatan dan Personel Protective Equipment Loji Rawatan Air Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong (2021-2023).

Keterangan projek-projek:

1.       Projek Pembinaan Semula Sekolah Menengah Sultan Hassan Bangar, Temburong

Kontraktor:
LCY Development Sdn Bhd
Harga Kontrak:$16,308,152.00
Tempoh Projek:
15 bulan
Objektif Projek:
Pembinaan sekolah yang dapat menampung seramai 1,200 pelajar dan 120 tenaga pengajar dengan merangkumi sebanyak tujuh bangunan yang terdiri daripada Blok Pentadbiran, Dewan Serbaguna, Dewan Makan, Surau, Perpustakaan, Bilik Darjah dan Blok Sains.

 

2.       Projek Membekal dan Menghantar 35,000 Ton Metrik Aluminium Sulphate ke Loji-Loji Rawatan Air, Negara Brunei Darussalam

Kontraktor:
Syarikat Hj Sanip bin Taram & Anak-Anak Sdn Bhd
Harga Kontrak
:
$8,100,257.00
Tempoh Projek:
30 bulan
Objektif Projek:
Penyediaan tapak bagi pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun peringkat 8.

 

3.       Projek Meningkatkan Taraf Loji Rawatan Air – Pembinaan Loji Rawatan Air Bukit Barun Peringkat 8: Package 1 – Kerja-Kerja Tanah Bagi Platform Loji Rawatan Air

Kontraktor:
SWEE Sdn Bhd
Harga Kontrak:
$6,489,759.20
Tempoh Projek:
18 bulan
Objektif Projek:
Tambahan sebanyak kira-kira 120mld air bersih kepada pengeluaran air bagi Daerah Brunei dan Muara / Tutong dan juga flexibility kepada sistem yang sedia ada.

 

4.       Projek Penambahbaikkan Sistem Bekalan Air (Pembinaan tangki-tangki air dan peningkatan sistem pam air) – Tangki Simpanan Mukim Labu / Lakiun, Daerah Temburong

Kontraktor:
KTH Bersatu Sdn Bhd
Harga Kontrak:
$2,062,000.00
Tempoh Projek:
24 bulan
Objektif Projek:
Projek ini diperlukan bagi menambah tangki air di kawasan Mukim Labu. Ini dapat menambah kapasiti air bersih dan menjamin keperluan air di kawasan tersebut bagi menampung permintaan masa kini mahupun masa akan datang.

 

5.       Projek Penambahbaikkan sistem Bekalan Air (Pembinaan tangki-tangki air dan peningkatan sistem pam air) – Tangki Simpanan Kampong Batang Duri, Daerah Temburong

Kontraktor:
Amron Contractor Sdn Bhd
Harga Kontrak:
$1,889,756.00
Tempoh Projek:
24 bulan
Objektif Projek:
Projek ini adalah salah satu strategi jangka masa panjang. Ini juga untuk memastikan bekalan air di kawasan sekitar dapat memiliki bekalan air yang cukup sebagai tambahan, tangki baru akan dapat menyalurkan air ke kawasan terpencil tanpa bergantung dari tangki Pekan Bangar. Tangki baru ini juga akan berfungsi sebagai pembekal untuk pembangunan di kawasan sekitar pada masa akan datang.

 

6.       Projek Kontrak Penggal Bagi Kerja-Kerja Pemeliharaan Sistem Chlorine Peralatan dan Personel Protective Equipment Loji Rawatan Air Daerah Brunei dan Muara, Tutong dan Temburong (2021-2023)

Kontraktor:
KP Mineral & Chemical (B) Sdn Bhd
Harga Kontrak:
$1,219,389.00
Tempoh Projek:
24 bulan
Objektif Projek:
Tujuan kontrak ini adalah untuk memastikan kerja-kerja pemeliharaan bagi semua peralatan penklorinan, peralatan keselamatan dan sistem penggerak sentiasa dalam keadaan baik dan berfungsi sepenuhnya jika berlaku sesuatu kemalangan / kebocoran. Sistem ini akan dapat mengelakkan kecederaan kepada kakitangan yang bertugas dan kerosakan pada peralatan-peralatan yang lain.

 

Satu konsultan projek juga telah dilantik iaitu Perunding Primareka bagi Projek Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) – Earthworks and Infrastructure Works.

Penandatanganan persetujuan pelantikan konsultan telah ditandatangani oleh Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria dan wakil konsultan.

Manakala penandatanganan kontrak bagi projek-projek pembinaan telah ditandatangani oleh Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Pengarah Kemajuan, Pemangku Pengarah Perkhidmatan Air serta wakil-wakil kontraktor yang dilantik.

Kesemua penandatanganan tersebut disaksikan oleh Yang Berhormat Menteri Pembangunan.

Majlis diakhiri dengan sesi penyerahan dokumen kontrak dan surat lantikan konsultan.

Bagi kontrak-kontrak projek pembekalan air yang baru ditandatangani, perlaksanaan projek-projek berkenaan adalah selari dengan objektif dan usaha jabatan iaitu bagi memastikan pembekalan kualiti air yang terjamin dan berterusan bagi seluruh negara.

Turut hadir pada majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dayang Dr. Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Kementerian Pembangunan, Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Haji Md. Salleh bin Haji Abdul Karim; ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan.

Attachments