Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Memperingati Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2021

​Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Memperingati Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2021.JPG

HADIR selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu, 28 April. – Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan telah mengadakan Solat Fardhu Zuhur diikuti dengan Sunat Hajat serta Ratib Al-Attas dan Doa Kesyukuran bersempena sambutan Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2021 pada hari ini bertempat di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Damit, Kampong Manggis/Madang.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin.

Majlis tersebut diadakan bersempena Hari Sedunia Untuk Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja atau "World Day for Safety and Health at Work" yang disambut pada 28 April setiap tahun khususnya bagi semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan di negara ini.

Bagi memberkati lagi majlis, Doa Selamat dibacakan khusus untuk memohon keselamatan dan kesihatan bagi semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan agar terpelihara dari sebarang kejadian berbahaya.

Sebagai usaha berterusan Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam aspek keselamatan dan kesihatan terutamanya bagi semua warga kerja yang terlibat dalam industri pembinaan, sambutan ini juga akan diikuti dengan program Minggu Keselamatan dan Kesihatan, Jabatan Kerja Raya (MKK 2021).

Turut hadir di majlis tersebut ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Kementerian Pembangunan, Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, Ir. Awang Norazmi bin Othman; Ketua-ketua Jabatan, pegawai-pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya serta para jemputan daripada kementerian yang lain.

Attachments