Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2021

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Kerja Raya

1_Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2021.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan hadir selaku tetamu kehormat pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Air Sedunia 2021 yang diadakan di Masjid Ash-Shaliheen.

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 6 April. – Bersempena Sambutan Hari Air Sedunia 2021, Jabatan Kerja Raya, Kementerian Pembangunan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria; Timbalan Setiausaha Tetap (Industri Pembinaan dan Kemajuan), Sr. Dayang Hajah Norhayati binti Haji Mohd Yaakub; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Dayang Aldila binti Haji Mohammad Salleh; Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan serta pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Kerja Raya dan orang ramai.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Fardu Maghrib Berjemaah dengan disusuli Sembahyang Sunat Hajat yang dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen.

Bagi memberkati Sambutan Hari Air Sedunia 2021, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Imam Masjid Ash-Saliheen dan seterusnya diikuti dengan Ceramah Ugama Khas bertajuk 'Menghargai Air' yang disampaikan oleh penceramah dari Pusat Da'wah Islamiah, Haji Muhammad Naqib bin Haji Awang. Majlis diakhiri dengan Sembahyang Fardu Isyak Berjemaah.

Hari Air Sedunia disambut di seluruh dunia pada setiap 22 Mac. Tema Hari Air Sedunia pada tahun ini adalah 'Menghargai Air'.

Berpandukan tema tahun ini, dapatlah dilihat bahawa nilai air itu adalah tinggi kerana ia bukan hanya untuk kegunaan kehidupan kita seharian malahan juga untuk kehidupan alam semula jadi.

Pengurusan air yang mampan adalah tanggungjawab setiap pengguna. Di kesempatan ini, pihak Jabatan Kerja Raya menggesa setiap penduduk di negara ini untuk berjimat cermat dan menggunakan air dengan cara berhemah tanpa pembaziran bagi kemampanan air jangka panjang.

Sumber: Pelita Brunei.

Attachments