Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Surveyors Walk 2021 Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Surveyors Walk 2021 Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021.JPG

SESI bergambar ramai.

BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 21 Mac. – Jabatan Ukur, Kementerian Pembangunan bersama Brunei Institute of Geomatics (B.I.G) telah mengadakan Surveyors Walk sempena Global Surveyors Day buat julung kalinya bagi tahun 2021. Acara diadakan di kawasan Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan.

Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat pada acara ini ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak dan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Ir. Awang Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Zakaria.

3_Surveyors Walk 2021 Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021.JPG

TETAMU-TETAMU kehormat semasa melancarkan Surveyors Walk.

Global Surveyors Day ini turut disertai oleh ketua-ketua jabatan di bawah Kementerian Pembangunan, pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Ukur serta ahli-ahli B.I.G yang terdiri daripada Juruukur-Juruukur Tanah Berlesen, Penilai Harta Tanah dan Perancang Bandar.

4_Surveyors Walk 2021 Sempena Hari Juruukur Sedunia 2021.JPG

AKTIVITI berjalan kaki semasa acara berkenaan.

Surveyors Walk merupakan aktiviti berjalan kaki sejauh 4.2 kilometer yang bertujuan untuk menggalakkan pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya untuk bergiat cergas dan aktif dalam aktiviti-aktiviti jasmani dan juga mengeratkan silaturrahim.

Attachments