Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Kementerian Pembangunan adakan majlis korban

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

2_Kementerian Pembangunan adakan majlis korban.jpg

3_Kementerian Pembangunan adakan majlis korban.jpg

MENTERI Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar mengagihkan daging korban kepada salah seorang penerima yang berhak.

BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 3 Ogos. – Kementerian Pembangunan hari ini telah mengadakan Majlis Ibadah Korban bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang diadakan di Ruang Legar, Tingkat Satu, Kementerian Pembangunan.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Ir. Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.

Majlis dimulakan dengan bacaan Ratib Al-Attas dan diselanjurkan dengan solat Fardhu Asar berjemaah bertempat di Surau Kementerian Pembangunan.

Majlis diikuti dengan pengagihan sebahagian daging-daging korban yang disampaikan oleh tetamu kehormat majlis kepada peserta-peserta korban dan para penerima yang berhak.

Daging-daging korban diserahkan kepada 167 orang warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya yang berhak. Sebahagian daripada daging-daging berkenaan juga diserahkan kepada 78 orang penerima yang berhak dari Mukim Pangkalan Batu dan Mukim Lumapas di Daerah Brunei dan Muara.

Pada tahun ini, seramai 35 orang peserta telah menyertai ibadah korban manakala lima ekor lembu telah dikorbankan.

1_Kementerian Pembangunan adakan majlis korban.jpg

YANG Berhormat Menteri Pembangunan serta para jemputan yang hadir.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin, Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) Kementerian Pembangunan, Dr. Dayang Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak, pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan dibawahnya.

Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan dimana pada tahun ini ia dikendalikan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Sumber: Laman sesawang Jabatan Perancang Bandar dan Desa.

Attachments