Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Penyerahan kunci bangunan baru Sekolah Ugama Jalan Bedil

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Penyerahan kunci bangunan baru Sekolah Ugama Jalan Bedil.JPG

PENYERAHAN kunci daripada Timbalan Menteri Pembangunan selaku pelaksana projek kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama.

LAMBAK, Isnin, 13 Julai. – Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan pada pagi tadi telah mengadakan Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Baru Sekolah Ugama Jalan Bedil, di sini.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai.

Ini diikuti dengan acara penyerahan kunci bangunan daripada pihak pemborong LCY Development Sdn. Bhd. kepada Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Seri Paduka Ar. Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin mewakili Kementerian Pembangunan selaku pelaksana projek dan kemudian menyerahkannya kepada Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Mulia Pengiran Dato Seri Paduka Awang Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya memotong reben bagi menandakan perasmian pembukaan bangunan Sekolah Ugama Jalan Bedil.

Turut hadir pada majlis ini ialah Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Keugamaan), Kementerian Hal Ehwal Ugama, Awang Haji Mohd. Serudin bin Haji Timbang; Pemangku Ketua Pengarah Kerja Raya, Dayang Lim Sui Kau Alice; pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai dari Kementerian Hal Ehwal Ugama dan Kementerian Pembangunan.

Majlis turut diselajurkan dengan lawatan bagi meninjau prasarana dan kemudahan yang terdapat di bangunan berkenaan. Bangunan baru tersebut dilengkapi dengan 18 buah bilik darjah yang secara keseluruhan boleh menampung seramai 540 orang pelajar dan ruang pejabat guru-guru.

Bangunan tersebut juga dilengkapi dengan ruang dewan serbaguna, ruang legar VIP dan pelawat, bilik mesyuarat, bilik ICT, bilik perpustakaan, kantin dan yang lainnya.

Sumber: Siaran Akhbar Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Attachments