Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Pasukan Lumba Perahu MoD raih tempat Kedua

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Kementerian Pembangunan

1_Pasukan Lumba Perahu MoD raih tempat kedua.JPG

WAKIL pasukan Lumba Perahu Kementerian Pembangunan semasa bergambar ramai bersama tetamu kehormat acara, Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

SERASA, Ahad, 16 Februari. – Pasukan Lumba Perahu Kementerian Pembangunan berjaya meraih tempat Kedua dalam Kategori Lumba Perahu Fiberglass 20 Pekayuh Antara Kementerian semasa acara Kejohanan Lumba Perahu Tradisional Kebangsaan Ke-26 dengan catatan masa 3 minit 37 saat, di belakang pasukan Lumba Perahu Kementerian Pertahanan.

Kategori berkenaan turut disertai oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, dan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Air, Serasa itu merupakan anjuran Persatuan Lumba Perahu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

2_Pasukan Lumba Perahu MoD raih tempat kedua.JPG

PASUKAN Lumba Perahu Kementerian Pembangunan.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Awang Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin, yang juga selaku tetamu kehormat acara.

Attachments