Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Butra Heidelberg Cement raih tempat kedua Anugerah Galian ASEAN Kali Ke-2

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan

2_Butra Heidelberg Sdn. Bhd. tempat kedua Anugerah Galian ASEAN Kali Ke-2.jpg 

BUTRA Heidelberg Cement Sdn. Bhd. melakar sejarah apabila merangkul tempat kedua Anugerah Galian ASEAN Kali Ke-2 (2nd ASEAN Mineral Award – AMA) pada Mesyuarat Peringkat Menteri Galian ASEAN Kali Ke-7 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Disember. – Negara Brunei Darussalam telah melakar satu lagi sejarah apabila buat julung-julung kalinya telah diwakili oleh sebuah syarikat persendirian iaitu Butra Heidelberg Cement Sdn. Bhd. ikut serta bagi Anugerah Galian ASEAN kali ke-2 (2nd ASEAN Mineral Award – AMA) yang telah diadakan bagi mendokong ASEAN Mineral Cooperation Action Plan (AMCAP).

Mesyuarat-mesyuarat berkaitan termasuk Mesyuarat Pegawai-pegawai kanan Galian ASEAN kali ke-19, Mesyuarat Pegawai-pegawai Kanan Galian ASEAN + 3 (China, Jepun dan Republik Korea) kali ke-12 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dari Kementerian Pembangunan telah berlangsung di Pullman Hotel, Bangkok, Thailand pada 11-13 Disember 2019.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu Metallic/Non-Metallic Mining, Metallic/Non-Metallic Mining Processing dan Metallic/Non-Metallic Mining Distribution.

Sebanyak 14 buah syarikat di seluruh negara ahli ASEAN telah disenaraipendekkan, dan Butra Heidelberg Cement berjaya merangkul tempat kedua bagi kategori Non-Metallic Mining Distribution.

Penyertaan kali ini menunjukkan komitmen tinggi Negara Brunei Darussalam terhadap agenda ASEAN khususnya dalam sektor galian. Penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Galian Thailand semasa malam gala mesyuarat tersebut yang telah diadakan pada 13 Disember 2019 bersempena Mesyuarat Peringkat Menteri Galian ASEAN kali ke-7.

Sumber: Siaran Akhbar Jabatan Tanah, Kementerian Pembangunan.

Attachments